'drama
pendek Raya RHB.. KES INDIAN DAN PENCIL BOX'
|
Perkongsian dalam video diatas itu menarik perhatian kita semua. Perkongsian dari kisah benar yang berlaku 25 tahun yang lalu boleh dijadikan contoh dan inspirasi kepada umum untuk memupuk perpaduan dalam konteks masyarakat majmuk.
Negara kita Malaysia yang mempunyai berbilang kaum sangat memerlukan usaha-usaha untuk memupuk perpaduan kaum bagi membina negara yang harmoni. Kita perlu saling tolong menolong antara kaum “bagai aur dengan tebing” untuk sama-sama hidup dalam persekitaran hidup yang sihat dan aman makmur. Kita mesti pertahankan kedaulatan negara kita dan pastikan seluruh warga tanah air tercinta ini sejahtera dan sentosa selama-lamanya.
Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan Islam adalah agama bagi Persekutuan. Perlembagaan Persekutuan juga memberi jaminan kepada penganut agama lain menganut dan mengamalkan agama mereka dengan aman dan harmoni. Dalam Islam, persoalan bangsa, agama dan warna kulit tidak menjadi isu dan tidak sepatutnya wujud apa jua punca yang boleh membawa persengketaan sesama manusia. Pemimpin wajib berlaku adil kepada semua masyarakat atau rakyat yang bernaung di bawahnya.
Siapa pun memerintah Malaysia, mereka tertakluk kepada peruntukan asas dalam Perlembagaan yang tidak boleh diganggu-gugat. Selama mana perkara teras dan kontrak sosial yang telah dipersetujui bersama ini dipelihara serta dihormati, ia mampu menjamin perpaduan dan kesejahteraan hidup rakyat.
Semoga Malaysia terus maju, makmur dan rakyat dapat hidup bersatu, saling bantu-membantu di antara satu sama lain demi kesejahteraan bersama.
Pautan:
- A bond he didn’t expect
- Cerita Kotak Pensil | MHI (8 Ogos 2023)
- 'Pro Bono Peguam Kotak Pensel'
- M’sian lawyer who helped woman who stole a $5.30 pencil box25 years ago gets surprise from her son
- https://twitter.com/ImanDanialHakim/status/1774071189415375114
Kredit: A.M Zaharil
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.