disable

doa dan imej

doa dan imej
                                                                                                                                                                      

Selasa, 21 Mei 2024

Ganjaran Ziarah Orang Sakit.

 

عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم مَنْ عَادَ مَرِيضًا أَوْ زَارَ أَخًا لَهُ فِى اللَّهِ نَادَاهُ مُنَادٍ أَنْ طِبْتَ وَطَابَ مَمْشَاكَ وَتَبَوَّأْتَ مِنَ الْجَنَّةِ مَنْزِلاً

Daripada Abu Hurairah RA, ia berkata Rasulullah SAW bersabda, “Barangsiapa menjenguk orang sakit, atau mengunjungi saudaranya seislam (kerana Allah), maka akan ada yang memanggilnya, bahawa engkau telah berbuat baik dan perjalananmu juga baik serta engkau telah menyiapkan suatu tempat tinggal di dalam Syurga.” 

(HR Tirmidzi no.2008) Status: Hadis Sahih di dalam Shahih At-Targhib wa At-Tarhib II/349 no.2578

 

Pengajaran:

  1. Antara tanggungjawab Muslim sesama Muslim ialah menziarahi saudaranya yang sakit kerana Allah.
  2. Orang yang menziarahi saudaranya sama ada yang sakit atau yang sihat, akan disediakan baginya tempat tinggal disyurga.
  3. Menziarahi saudara Muslim kita akan memberikan kegembiraan kepadanya. Ia adalah antara amal yang baik. Sabda Rasulullah SAW: 

أفضل الأعمال أن تدخل على أخيك المؤمن سرورا

 “Sebaik-baik amal adalah engkau membuatkan kegembiraan kepada saudaramu yang beriman” 

(HR.Ibnu Abi Dunya dalam Shahih Jami’ush Shaghir no. 1096) Status: Hadis Hasan

 

Ayuh ziarahi rakan jemaah masjid kita khususnya yang sakit. Semoga kita semua dikurniakan kesihatan yang baik dan mereka yang sakit diberikan kesembuhan oleh Allah SWT.

 

21hb Mei 2024
12hb Zulkaedah 1445H

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.