disable

doa dan imej

doa dan imej
                                                                                                                                                                      

Ahad, 2 Jun 2024

✨Kempen Pengumpulan Sisa Fabrik dan Pakaian Terpakai✨

 

PENGUMUMAN!!! 📣

Untuk makluman semua warga Kota Bharu, Kubang Kerian, Pasir Hor, Telipot, Kg. Pasir Lada, Wakaf Che Yeh, Padang Enggang dan kawasan sekitar...

Kempen Pengumpulan Pakaian Terpakai

Kempen kini sedang berjalan dan tempat pengumpulannya di: 

Masjid Al-Ikhlas,
110, Lorong Pasir Lada, 
Kampung Pasir Lada, 
Poskod 15150, Kota Bharu, 
Kelantan Darulnaim.

📍Lokasi masjid: 
https://maps.app.goo.gl/BdgMpiW87WjduhCc9  

 Tempoh Kempen Sehingga 7hb Jun 2024!!

Sila Bawa pakaian terpakai, langsir, cadar, karpet lembut, dan mainan berasaskan kain untuk dikumpulkan. Pastikan semua barangan berasaskan fabrik dan semua jenis pakaian terpakai (pakaian kanak-kanak atau dewasa). 

Apa yang perlu anda lakukan ialah: 

  • Bungkus elok-elok dalam plastik, kotak atau beg kain.
  • Letak dan tinggal sahaja di tempat yang disediakan oleh pihak masjid. 


🌱 InsyaAllah... mari kita sama-sama menghulurkan pakaian yang masih elok dan tidak lagi dipakai kepada mereka yang lebih memerlukan. Ini akan dapat mengurangkan jumlah sisa fabrik yang perlu dihantar ke tapak pelupusan. Kempen ini secara tidak langsung dapat memupuk kesedaran dan pembudayaan gaya hidup yang lestari dengan mengamalkan budaya kitar semula.

Semoga kempen ini mendapat sambutan dan sokongan komuniti setempat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.