disable

doa dan imej

doa dan imej
                                                                                                                                                                      

Khamis, 23 Mei 2024

Manusia Paling Baik dan Paling Buruk

 

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

 

عَنْ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ أَبِي بَكْرَةَ عَنْ أَبِيهِ أَنَّ رَجُلًا قَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَيُّ النَّاسِ خَيْرٌ قَالَ مَنْ طَالَ عُمُرُهُ وَحَسُنَ عَمَلُهُ قَالَ فَأَيُّ النَّاسِ شَرٌّ قَالَ مَنْ طَالَ عُمُرُهُ وَسَاءَ عَمَلُهُ

 

Daripada Abdurrahman bin Abu Bakrah dari Ayahnya, bahawa seorang laki-laki berkata; "Wahai Rasulullah, siapakah manusia yang paling baik?" Baginda bersabda: "Orang yang panjang umurnya dan baik amalannya." Tanyanya lagi; "Siapakah manusia yang paling buruk?" Jawab baginda: "Orang yang panjang umurnya dan buruk amalannya." 

(Musnad Ahmad No: 19519) Status: Hadis Sahih

 

Pengajaran: 

  1. Manusia yang paling baik ialah yang panjang umurnya serta sentiasa  melakukan amal soleh.
  2. Orang yang paling baik adalah yang paling banyak amal kebaikannya dengan sebab umur yang bertambah dan membolehkannya melakukan amal soleh yang ganjarannya berterusan walaupun dia telah meninggal dunia.
  3. Orang yang paling buruk pula adalah mereka yang diberikan umur yang panjang namun berterusan melakukan amal maksiat dan dosa.
  4. Umur adalah ibarat modal kepada pedagang. Menyia-nyiakan modal oleh pedagang suatu yang merugikan.


Rasulullah SAW mengingatkan umatnya supaya memanfaatkan masa muda sebelum datang masa tua, masa lapang sebelum datang masa sibuk dan masa hidup sebelum datang kematian. Ajal dan maut itu adalah ketentuan ALLAH. Tak kira usia kita muda atau tua dan kita tetap akan dijemput-Nya.

Semoga Allah SWT memberkati umur kita dan memimpin kita agar terus beristiqamah dalam melakukan ketaatan kepada Allah SWT supaya kita semua akan dimasukkan ke dalam syurga Allah SWT di akhirat kelak. Aamiin.

 


23hb Mei 2024
14hb Zulkaedah 1445H

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.