disable

doa dan imej

doa dan imej
                                                                                                                                                                      

Sabtu, 22 Jun 2024

SEMAKIN KITA BERUSIA.

 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Begitu pantas masa berlalu, seperti baharu sahaja menyambut hari lahir yang ke 60 tetapi hari ini sudah menginjak usia ke 61. Kepantasan masa berlalu boleh kita jadikan asbab untuk sentiasa bermuhasabah diri dan kembali semula kepada pencipta kita Allah SWT.


💟 Bagi kita yang sudah berusia emas, tidak ada banyak masa lagi yang tinggal. Carilah sebanyak mungkin amalan soleh yang akan dibawa ke sana, kerana pengakhiran semuanya adalah sama samaada kaya atau miskin, berpangkat atau tidak, ramai pengikut atau tidak dikenali, akan tiba masanya nanti setiap manusia pasti pulang bertemu Allah SWT.

  1. Semakin kita berusia, Usahakanlah untuk memahami segala makna yang dilafazkan dalam solat. Dengan memahami makna bacaan dalam solat, menghasilkan ketenangan dan kebahagiaan dalam hidup seorang hamba.
  2. Semakin kita berusia, solat kita buatlah pada awal waktu. Lelaki diutamakan solat di masjid. Solat yang ditunaikan pada awal waktu dan berjemaah dapat melatih seseorang muslim untuk berdisiplin dan mudah mematuhi arahan.
  3. Semakin kita berusia, lakukan solat dengan lebih kusyuk. Melakukan ibadah solat dengan menghadirkan perasaan kusyuk sepenuhnya dalam jiwa, semestinya hati akan lebih tenteram.
  4. Semakin kita berusia, solat sunnah Qobliyyah & Ba'diah jangan tertinggal..
  5. Semakin kita berusia, solat sunat witir sebelum tidur jangan ditinggalkan..
  6. Semakin kita berusia, solat sunat dhuha & tahajud jangan ditinggalkan..
  7. Semakin kita berusia, paling tidak khatam Al-Quran 2 kali dalam setahun, setiap hari harus baca Alquran walaupun cuma satu muka surat.
  8. Semakin kita berusia, ambillah peluang puasa sunat, minima 3 hari dalam sebulan dan lebih bagus seminggu dua kali (isnin-khamis)..
  9. Semakin kita berusia, jangan lupa dzikir pagi dan petang, kita kurangi berbicara yang tidak berfaedah / bermanfaat, kita harus tambah amal, untuk kita di hari akhirat..
  10. Semakin kita berusia, berselawatlah banyak², keatas junjungan kita Nabi Muhammad SAW.
  11. Semakin kita berusia, bersedekah dan berinfaqlah dalam keadaan senang atau pun susah dan jaga akhlak kita.
  12. Semakin kita berusia, buanglah prasangka buruk dan eratkan ikatan silaturahim dalam masyarakat. Ikatan silaturahim sesama muslim umpama sebuah bangunan yang saling menyokong antara satu sama lain.
  13. Semakin kita berusia, buatlah solat sunat Qobliyyah 4 rakaat dan solat sunat Ba'diah 4 rakaat pada waktu dzuhur.

 

🤗☺🙏Semakin bertambah usia kita, semakin dekat kita dengan kematian. Kita bila-bila masa saja akan dijemput pulang bertemu Allah SWT. Justeru itu jangan menangguhkan lagi untuk kembali kepada Allah SWT, tuhan yang menciptakan alam ini.

Akhirat tidak menuntut untuk manusia pulang membawa harta yang melimpah, emas & perak yang bertimbun-timbun, pangkat, kuasa dan segala kemasyhuran yang dimiliki di dunia ini, tetapi bertemulah dengan Allah SWT membawa iman yang sempurna dan amalan yang soleh.

💟Semoga di penghujung usia kita sentiasa dalam petunjuk dan bimbingan daripadaNya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.