disable

doa dan imej

doa dan imej
                                                                                                                                                                      

Jumaat, 28 Jun 2024

Aktiviti Bersih Kawasan Tanah Perkuburan Islam Jias - 28 Jun 2024.

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Tanah perkuburan menjadi salah satu kawasan yang perlu dihormati. Aktiviti membersihkan tanah perkuburan adalah amalan yang sangat mulia.

Adalah menjadi tanggungjawab kita semua menjaga kawasan perkuburan supaya bersih dan terjaga. Apatah lagi kubur ialah tempat manusia dikebumikan selepas dijemput Ilahi pada suatu hari nanti.

Jawatankuasa Tanah Perkuburan Islam Jias yang dipengerusikan oleh saudara Azli Ismail sentiasa berusaha menjaga kebersihan kawasan perkuburan dari tumbuhan liar dan mempastikan tiada binatang ternakan yang berkeliaran dalam kawasan perkuburan.

Semua ahli masyarakat sepatutnya mengambil bahagian sekiranya diadakan aktiviti membersihkan tanah perkuburan seperti ini.

Golongan muda perlu diberikan pendedahan dengan aktiviti sosial sebegini supaya dapat mendapat kesedaran tentang kepentingan hidup bermasyarakat.










 

Menziarahi sanak saudara yang telah meninggal dapat mengingatkan kita akan kematian dan mengambil pengajaran daripadanya dan amalan ini merupakan amalan sunat yang dituntut. Ini adalah untuk memberikan imej lebih sempurna, dengan menjaga kebersihan secara berkala dapat memberikan suasana yang selesa kepada ahli keluarga yang datang menziarah.

Ketika kita masih sihat, kita ambillah peluang ziarah dan bersih kawasan kubur, entah esok, lusa kita pula berada di bawah tanah seperti sanak saudara dan kawan-kawan kita yang terlebih dahulu dijemput mengadap Ilahi.

Kami dari kalangan wargaemas sentiasa menyokong dan mendokong semua aktiviti yang dapat memberikan manfaat kepada masyarakat khususnya warga Mukim Padang Enggang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.