JK Kemajuan kampung Wakaf Che Yeh telah memulakan aktiviti gotong-royong melebarkan laluan masuk ke tapak parkir tanah perkuburan Islam Jias pada bulan September 2024.
Gotong-royong Siri 3 ini memfokuskan kepada:
- Beberapa batang pokok yang membahayakan keselamatan ditebang - Sebuah jentera skylift diguna bagi memudahkan kerja-kerja memotong dahan yang tinggi.
- Menggantikan longkang yang sedia ada dengan corrugated pipe. Sebuah jentolak dan sebuah lori digunakan untuk memudahkan aktiviti ini.
- Melebarkan laluan masuk ke parking Tanah Perkuburan Jias supaya lebih selesa dan selamat untuk digunakan.
Terima kasih juga kepada semua yang telah menyumbang, samada dalam bentuk wang ringgit, tenaga, barang keperluan. Sumbangan dari tuan/puan telah memberikan kami semangat dan kekuatan untuk melaksanakan aktiviti gotong royong ini.
Tidak dilupakan juga, atas sumbangan makanan, minuman dan kueh-mueh untuk tenaga kerja yang terlibat sepanjang aktiviti ini.
Semoga dengan usaha dan sumbangan daripada kalian semua, insyaAllah ianya menjadi saham akhirat kita kelak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.