السلام عليكم ورحمة الله
وبركاته
عَنْ عَمْرِو بْنِ شُعَيْبٍ عَنْ أَبِيهِ عَنْ جَدِّهِ عَنْ النَّبِيِّ
صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ يُحْشَرُ الْمُتَكَبِّرُونَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ
أَمْثَالَ الذَّرِّ فِي صُوَرِ الرِّجَالِ يَغْشَاهُمْ الذُّلُّ مِنْ كُلِّ مَكَانٍ
فَيُسَاقُونَ إِلَى سِجْنٍ فِي جَهَنَّمَ يُسَمَّى بُولَسَ تَعْلُوهُمْ نَارُ الْأَنْيَارِ
يُسْقَوْنَ مِنْ عُصَارَةِ أَهْلِ النَّارِ طِينَةَ الْخَبَالِ
Daripada Amru bin Syu'aib dari ayahnya dari datuknya dari nabi SAW bersabda: "Orang-orang sombong dikumpulkan pada hari kiamat seperti semut bermuka manusia, mereka diliputi kehinaan dari segala penjuru, mereka diiring menuju penjara di neraka jahanam yang bernama Bulas, di atas mereka ada api paling panas, mereka diberi minum muntahan dan darah penduduk neraka yang namanya thinatul khabal."
(HR Tirmizi No: 2416) Status: Hadis Hasan.
Pengajaran:
1. Sombong adalah sifat Iblis yang merasa dirinya
lebih mulia dan lebih baik serta merendahkan orang lain.
وَإِذۡ قُلۡنَا لِلۡمَلَٰئِكَةِ ٱسۡجُدُواْ لِأٓدَمَ فَسَجَدُوٓاْ
إِلَّآ إِبۡلِيسَ أَبَىٰ وَٱسۡتَكۡبَرَ وَكَانَ مِنَ ٱلۡكَٰفِرِينَ ٣٤
Dan (ingatlah) ketika kami berfirman kepada malaikat: Tunduklah (beri hormat) kepada Nabi Adam. Lalu mereka sekaliannya tunduk memberi hormat melainkan Iblis; dia enggan dan takbur dan menjadilah dia dari golongan yang kafir.
(Surah al-Baqarah: 34).
2. Orang yang sombong tidak akan masuk syurga. Sabda
Nabi Muhammad SAW:
لَا يَدْخُلُ الْجَنَّةَ مَنْ كَانَ فِي قَلْبِهِ مِثْقَالُ ذَرَّةٍ
مِنْ كِبْرٍ
“Tidak akan masuk syurga orang yang dalam hatinya ada sebesar zarah perasaan sombong”.
(HR Muslim No:51)
3. Orang yang sombong akan dikumpulkan pada hari
kiamat seperti semut bermuka manusia, mereka diliputi kehinaan dari segala
penjuru.
4. Orang sombong akan diiring menuju ke neraka
jahanam yang bernama Bulas, di atas mereka ada api paling panas
5. Orang yang sombong akan diberi minum
muntahan dan darah penduduk neraka (nanah) yang namanya thinatul khabal (lumpur
kebinasaan).
6. Sikap sombong merupakan satu sikap yang amat
dilarang keras dalam Islam. Firman Allah SWT:
وَلَا تَمْشِ فِي الأرْضِ مَرَحًا إِنَّكَ لَنْ تَخرِقَ الأَرْضَ
وَلَنْ تَبْلُغَ الْجِبَالَ طُولًا
“Dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong, kerana sesungguhnya engkau tidak akan dapat menembusi bumi, dan engkau tidak akan dapat menyamai setinggi gunung-ganang”
(Surah al-Israa’ ayat: 37)
Marilah kita bersifat RAHMAH dengan menjauhi sifat sombong.
Sifat sombong itu apabila merasa dirinya lebih baik dari orang lain malah
memperlekeh atau merendahkan mereka.
Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia
Negeri Johor, sila klik link di bawah :
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.