disable

doa dan imej

doa dan imej
                                                                                                                                                                      

Rabu, 23 Oktober 2024

NOTIS PENUTUPAN JALAN - Persimpangan Masjid Mukim Padang Enggang.

 🚧 NOTIS PENUTUPAN JALAN 🚧

Pemakluman awal penutupan jalan di Persimpangan Masjid Padang Enggang bertujuan memberi makluman awal kepada pengguna yang sering menggunakan laluan ini untuk ke destinasi mereka.

Penutupan jalan di Persimpangan Masjid Padang Enggang bagi kerja-kerja pembinaan longkang utama saliran KADA bermula dari 20 Oktober 2024 sehingga diberitahu:

  1. Terdapat pergerakan jentera pembinaan dan lori tanah keluar dan masuk melalui laluan ini dan mereka memulakan operasi seawal jam 8.30 pagi setiap hari.
  2. Laluan yang berdebu dan jadi berselut dan licin sekiranya hujan turun.
  3. Kepada para pengguna, sila gunakan laluan alternatif bagi mengelak kesulitan.
  4. Segala kesulitan amat dikesali dan kerjasama pengguna amat dihargai.


Persimpangan Masjid Padang Enggang - Foto dan lokasi dimana kerja pembinaan longkang utama saliran KADA:



 

Kolam Takungan Air yang juga masih dlm
Pembinaan - bersebelahan Sungai Ijok.

Taliair KADA dijadikan longkang utama untuk mengalirkan air dari peparitan/sistem saliran di Bandar Baru Tunjung ke Kolam Takungan Air. Seterusnya air dari kolam takungan dilepaskan ke sungai ijok menuju kuala sungai kelantan dan berakhir di Laut China Selatan.


Kerja-kerja menaik taraf rangkaian tali air 
dan peparitan giat dilakukan sejak 
beberapa minggu kebelakangan ini.


***Ini adalah sebahagian dari Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Kelantan Fasa 1 Bandar Baru Tunjong, Kota Bharu.

Projek PLSB Fasa 1 ini yang merangkumi komponen tebatan banjir, saliran mesra alam dan Living River meliputi jajahan Kota Bharu, Machang dan Tumpat.

Projek seliaan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) yang menelan kos RM699 juta dijangka mengurangkan risiko banjir sekitar 80 peratus dan dijangka siap sekitar Mac tahun depan mengikut jadual.

Projek ini akan dapat melindungi kawasan Tunjong dan sekitar daripada banjir kilat serta mengurangkan risiko banjir akibat limpahan air Sungai Kelantan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.