السلام عليكم ورحمة الله
وبركاته
Hospital Mesra Ibadah (HMI) merupakan satu pogram Islamisasi yang baru dilaksanakan oleh pengurusan Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II). Program islamisasi ini adalah untuk mewujudkan persekitaran mesra ibadah yang membolehkan beberapa aktiviti dakwah kesihatan dapat dilaksanakan.
Pengurusan HRPZ II juga telah mengadakan sudut HMI di semua wad termasuk unit untuk dijadikan rujukan informasi ibadah, risalah doa dan amalan-amalan penting kepada para pesakit, waris malah untuk kakitangan HRPZ II juga.
Program terkini, Jawatankuasa Hospital Mesra Ibadah (HMI)
HRPZ II telah menyediakan Siri Video Pendidikan sebagai satu usaha memberi
kefahaman kepada kakitangan hospital, pesakit dan waris untuk mengetahui
rukhsah ibadah ketika sakit.
Sakit bukanlah alasan untuk tidak beribadah atau mengurangi
aktiviti ibadah. Bila diuji dengan kesakitan sepatutnya semakin mendekatkan diri
kepada Allah, banyakkan berdoa dan berharap kesembuhan hanya kepada Allah.
Berikut adalah beberapa Siri Video Pendidikan yang telah disediakan:
1. Rukhsah Wuduk.
2. Rukhsah Wuduk (Memerlukan Bantuan)
3. Rukhsah Wuduk (Sebahagian Muka Berbalut)
4. Rukhsah Wuduk (Keseluruhan Muka Berbalut)
5. Rukhsah Wuduk (Sebahagian Tangan Berbalut)
6. Rukhsah Wuduk (Keseluruhan Tangan Berbalut)
7. Rukhsah Wuduk (Sebahagian Kepala Berbalut)
8. Rukhsah Wuduk (Keseluruhan Kepala Berbalut)
9. Rukhsah Wuduk (Sebahagian Kaki Berbalut)
10. Rukhsah Tayammum
11. Rukhsah Solat (Mampu Berdiri Tetapi Tidak Mampu Sujud)
12. Rukhsah Solat (Mampu Berdiri Tetapi Tidak Mampu Rukuk
& Sujud)
13. Rukhsah Solat (Tidak Mampu Solat Berdiri Tetapi Mampu
Solat Duduk Di Atas Kerusi)
14. Rukhsah Solat (Tidak Mampu Solat Berdiri Tetapi Mampu
Solat Duduk Iftirasy)
15. Rukhsah Solat (Tidak Mampu Solat Berdiri Tetapi Mampu
Solat Duduk Di Atas Katil)
16. Rukhsah Solat (Solat Secara Mengiring)
17. Rukhsah Solat (Solat Menggunakan Isyarat Mata)
Syabas buat Jawatankuasa Hospital Mesra Ibadah (HMI) HRPZ II atas inisiatif yang hebat ini. Dengan adanya Siri Video Pendidikan HMI HRPZ II ini, kakitangan HRPZ II dapat berkongsi rukhsah wuduk, rukhsah tayammum dan rukhsah solat ini dan beramal dengan waris dan pesakit yang menerima rawatan di dalam hospital.
Islam amat mengambil berat tentang keperluan menuntut ilmu, mengamalkan ilmu yang dipelajari dan menyampaikan pula ilmu tersebut untuk di maanfaatkan oleh orang lain.
Semoga usaha para penyampai ilmu yang bermanfaat ini akan mendatangkan ganjaran pahala berterusan walaupun
setelah meninggal dunia.
Kredit: Hospital Mesra Ibadah HRPZII
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.