disable

doa dan imej

doa dan imej
                                                                                                                                                                      

Selasa, 19 November 2024

Terima Kasih Tuan Haji Shukri.


Terima kasih Tn hj Shukri, membenarkan tanah miliknya yang bersebelahan dengan masjid dijadikan tapak parkir sementara untuk kemudahan jemaah yg datang solat lima waktu di Masjid Mukim Padang Enggang. 

Terima kasih juga buat J/kuasa Kemajuan Kampong Wakaf Che Yeh yang berusaha mendapatkan 2 lori kasaran (crusher run) untuk timbus kawasan yang becak dan berair ditapak parkir tersebut.

Hj Shukri dan Hj Kamchi.


Kita semua adalah makhluk yang tidak mampu hidup bersendirian, konsep tolong-menolong perlu wujud dalam menghasilkan suatu kebaikan yang dapat memenuhi keperluan samaada individu, keluarga, masyarakat maupun keperluan negara.

Setiap kebaikan akan diberi ganjaran pahala oleh Allah. Orang Islam diperintah agar melakukan banyak kebaikan sepanjang kehidupan di dunia sebagai bekalan untuk memperoleh kebahagiaan di akhirat nanti. Apabila melakukan kebaikan, pastikan ia dilakukan ikhlas kerana Allah SWT kerana dengan keikhlasan sahaja dapat mengundang rahmat daripada-Nya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.