disable

doa dan imej

doa dan imej
                                                                                                                                                                      

Rabu, 4 September 2024

Pelebaran Laluan Ke Tanah Perkuburan Islam Jias.

 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Gotong royong adalah aktiviti berkumpulan.  Kerja yang berat boleh menjadi mudah jika dilakukan bersama-sama secara sukarela. Amalan bergotong-royong telah dipraktikkan oleh masyarakat mukim padang enggang dan di warisi sejak zaman berzaman. 

Mereka bergotong-royong mencuci kawasan perkuburan, membersihkan kawasan tempat pembiakan nyamuk aedes, membersih persekitaran masjid malah mereka juga bergotong royong mengendalikan majlis kenduri-kendara. Selain dapat berkumpul untuk menyumbangkan tenaga dan buah fikiran, mereka juga dapat mengeratkan persahabatan dan perhubungan dalam hidup bermasyarakat.

Dimukim padang enggang amalan gotong-royong masih lagi relevan dalam kehidupan masyarakat hari ini. sebagaimana aktiviti gotong royong pembinaan longkang Fasa 1 yang dilaksanakan pada tahun 2017 dan ianya berjaya dilakukan  secara gotong royong dengan kerjasama pihak Majlis Perbandaran Kota Bharu yang  bermurah hati  membekalkan “corrugated pipe“.


Melihat pada struktur batu nesan, dianggarkan Tanah Perkuburan Islam Jias ini digunakan sejak puluhan tahun lalu dan masih digunakan sehingga ke hari ini. Dengan mengambil kira runggutan orangramai tentang keadaan laluan menuju ke tanah perkuburan tersebut, laluan yang sempit dan tidak terurus yang hanya muat sebuah kereta dan sukar untuk berselisih walaupun dengan motosikal. Ia seharusnya diambil perhatian yang serius.

Sehubungan itu, Jawatan Kuasa Kemajuan Kampong Wakaf Che Yeh dibawah pengerusinya Drs Ahmad Yani telah bersetuju untuk melaksanakan pemasangan longkang Fasa 2 ini berkonsepkan gotong royong. Ini adalah satu cara untuk merapatkan ukhwah dikalangan anak mukim padang enggang disamping menggalakkan budaya menyumbang untuk kepentingan masyarakat. 

Dalam satu pepatah Arab yang masyhur disebutkan Manusia yang paling bahagia adalah yang sentiasa membuat orang sekeliling mereka bahagia

Antara amalan terpuji yang dianjurkan oleh Islam ialah tolong-menolong dan bekerjasama melakukan kebaikan. Pendek kata, apa sahaja amalan soleh dan kebaikan antara sesama manusia termasuk dalam pengertian amal kebajikan.



Permohonan kami untuk dapatkan sesalur  "Corrugated Pipe“( 450mm X 6meter) diserahkan kepada pihak MPKB pada awal tahun 2024. Permohonan telah diluluskan pada 06 jun 2024. Majlis rengkas penyerahan 17 unit Corrugated Pipe  dilakukan pada pagi tadi oleh yang dipertua MPKB, Ybrs. Tuan Haji Mohd Anis bin Husein di tapak parkir Masjid Mukim Padang Enggang.  

Majlis pagi tadi dihadhiri oleh Adun Bunut Payong, YB Shaari Mat Yaman, Ust Haji Abd Halim Mat Isa, Imam Tua Masjid Mukim Padang Enggang, Penghulu Mukim Padang Enggang, Penghulu Mukim Wakaf Che Yeh dan beberapa ajk kemajuan kampong.

Kami akan mulakan aktiviti gotong-royong pada hari jumaat minggu depan:

  1. Membuang saluran longkang yang rosak termasuk alas konkrit di bawahnya dan menggantikan dengan corrugared pipe dan menimbus balik dengan batu kasaran.
  2. Melakukan kerja pemangkasan pada ranting pohon yang menjuntai ke badan jalan agar tidak membahayakan keselamatan pengguna jalan.
  3. Menebang sebanyak 3 pokok kelapa yang dikenal pasti berisiko mengancam keselamatan pengguna jalan.
  4.  Sumbangan wang ringgit masih diperlukan untuk melicinkan urusan aktiviti kami.

Kami sentiasa mengalu-alukan anak-anak muda mukim padang enggang untuk turut serta mengambil bahagian dalan aktiviti kami ini. Semoga Allah SWT permudahkan setiap urusan kita.

Kepada anak mukim Padang Enggang / Wakaf Che Yeh yang ingin menyumbang, sumbangan boleh di buat dengan menghubungi ajk berikut:

  1. Tn Hj Zahari b Zakaria (012-9819027)
  2. Saudara Azli bin Ismail (013- 4212193)

Akhir kalam, berlumba-lumbalah melakukan amal kebajikan dengan ikhlas, sabar dan istiqamah serta bantulah orang lain dalam melakukan amal kebajikan kerana pasti Allah SWT akan melimpahkan rahmat dan keberkatanNya kepada kita semua. 

Setiap amal kebajikan yang kita lakukan, walaupun kecil pada pandangan manusia mempunyai nilai yang besar di sisi Allah SWT. إن شاء الله



Pautan: Aktiviti Bersih Kawasan Tanah Perkuburan Islam Jias - 28 Jun 2024.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.