disable

doa dan imej

doa dan imej
                                                                                                                                                                      

Sabtu, 1 Jun 2019

Gotong-royong Membersih Masjid Mukim Padang Enggang.

Masjid yang selesa dan bersih penting untuk mencapai matlamat ibadat yang sempurna.  Ahli-ahli qariah Masjid Mukim Padang Enggang juga tidak ketinggalan mengadakan gotong royong membersih masjid. Gotong-royong merupakan satu amalan tradisi masyarakat yang semakin dilupakan. Ini lah yang dilakukan oleh beberapa orang qariah masjid mukim padang enggang pada hari ini. Aktiviti ini adalah bagi persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri yg bakal menjelang beberapa hari lagi. Aktiviti pada hari ini bermula jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari dan dijalankan secara terbuka yang turut disertai oleh imam tua, imam muda dan beberapa orang penduduk sekitar. 




Kesedaran menjaga kebersihan masjid adalah tanggungjawab semua pihak agar kesuciannya sentiasa terpelihara sama ada di dalam masjid atau di sekitarnya. Aktiviti membersih dibuat secara santai meliputi kerja-kerja kawasan dalaman masjid seperti mencuci penapis aircond, mengelap cermin, pintu serta tingkap masjid, menyusun kitab-kitab dan Al-Quran. Kerja mencuci di kawasan luar masjid pula seperti tempat wudhuk dan tandas serta membersihkan laman masjid. Program pada hari ini juga merupakan aktiviti khidmat masyarakat yang secara amnya dapat mendekatkan masyarakat dengan masjid dan secara khususnya mendekatkan diri kepada Allah. 








Aktiviti membersih persekitaran masjid berakhir pada jam 12 tengahari, alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Sesungguhnya kerja-kerja membersih, mengemas masjid adalah suatu pekerjaan mulia dan mempunyai jaminan ganjaran yang tinggi di sisi Allah. Janganlah biarkan jaminan Allah ini direbut oleh pegawai dan jawatankuasa masjid sahaja. Kelapangan masa yang ada pada hari ini kami gunakan untuk kerja-kerja di atas sebagai bekalan untuk kita kembali kepada Allah. Nawaitu kami semuanya adalah kerana Allah SWT.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.