disable

doa dan imej

doa dan imej
                                                                                                                                                                      

Isnin, 13 Mei 2024

LIVE ISTIADAT PENGURNIAAN KEHORMATAN KEBESARAN NEGERI KELANTAN TAHUN 2023 KALI KE-2- 13 MEI 2024M


Seramai 761 orang menerima Darjah, Bintang dan Pingat kebesaran negeri Kelantan bagi tahun 2023 kali ke-2 sempena perayaan ulang tahun hari keputeraan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V yang ke 54. Istiadat pengurniaan Darjah, Bintang dan Pingat yang diadakan Istana Balai Besar, Kota Bharu itu berlangsung selama dua hari bermula hari ini,13 Mei 2024M (Isnin).

Mendahului senarai 351 penerima pada sesi pertama hari ini ialah Pengarah Bahagian Penyelidikan Jabatan Perdana Menteri, Mohd Azli Abdul Kadir dan Timbalan Pengarah (Infrastruktur & Aset) Hospital Universiti Sains Malaysia, Dr Mohamad Ashraf Mohamad Daud. Kedua-dua mereka menerima Darjah Paduka Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (P.S.K). 

Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Petra berkenan berangkat menyempurnakan Istiadat pengurniaan Darjah, Bintang dan Pingat. Hadir mengiringi baginda, Yang Maha Mulia Raja Perempuan Tengku Anis binti Almarhum Tengku Abdul Hamid.


Tahniah diucapkan kepada Haji Othman Bin Deris di atas Pengurniaan Pingat Ahli yang keempat (Bentara) bagi Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (BSK).

Istiadat pengurniaan Darjah, Bintang dan Pingat pada 14 Mei 2024 (Selasa) melibatkan 410 orang lagi penerima: 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.