🌜SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI🌛
❤️️MAAF ZAHIR DAN BATIN❤️
Daripada
Md Idris & seisi keluarga.
~~~~~~~~~~~~
Aidilfitri di bulan syawal bergema dengan takbir memuji ilahi. Kehadiran
Aidilfitri yang disambut dengan keluarga tersayang sudah pasti memberi makna
yang cukup manis dan amat besar ertinya kepada kami. Syawal adalah kemenangan yang diraikan setelah kita berjaya
menjalani ibadah puasa selama sebulan pada bulan Ramadhan.
Musim perayaan sebegini adalah masa sesuai untuk menyemarakkan
amalan silatulrahim disamping mengadakan sebarang aktiviti atau perancangan yang melibatkan ahli keluarga.
Muliakan tetamu dan sentiasa menyuburkan ikatan persaudaraan dan menyambungkan silaturahim sesama keluarga dan jiran. Memuliakan tetamu adalah antara syarat orang yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat. Apabila tetamu datang ke rumah, disunatkan untuk memuliakan tetamu selagi tidak ada kekangan dan kesukaran.
Menyambung hubungan silaturahim dengan keluarga dekat dan yang jauh adalah tanda orang yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat. Raikan Syawal dengan penuh keimanan dan keriangan bersama keluarga yang tercinta. Ambillah peluang untuk merapatkan silaturrahim sesama kita. Yang jauh kita rapatkan, yang dekat kita eratkan. Semoga Syawal ini mejadi kenangan manis untuk kita kenang.
Hubungan kekeluargaan samaada yang miskin atau yang kaya, semuanya berada dalam satu jaringan keluarga. Jangan sesekali menafikan hubungan kekeluargaan dan sanggup mengaku tidak mempunyai hubungan kekeluargaan dengan ahli keluarga yang mungkin tidak sehaluan dengan dirinya atau berlaku perselisihan faham dalam kehidupan. Percanggahan pandangan, perbezaan prinsip dan sebagainya adalah lumrah dalam kehidupan, bertindaklah secara rasional dan elakkan hubungan kekeluargaan dari terputus.
Tanda orang beriman kepada Allah dan hari akhirat juga apabila bertutur atau bercakap, ia akan bertutur sesuatu yang baik dan mendatangkan pahala. Dua perkara penting yang sering diperingatkan Islam kepada manusia supaya menjaga dan memelihara dengan baik ialah penggunaan lidah dan tingkah laku. Jika sesuatu yang dituturkan menghina atau menjatuhkan maruah seseorang atau boleh mendatangkan mudarat dan keburukan, lebih baik kita berdiam diri.
Alhamdulillah, sambutan Aidilfitri tahun ini kami anak-beranak menyambutnya secara sederhana untuk meraikan saudara mara, jiran tetangga dan rakan taulan dengan sedikit hidangan disediakan. Kehadhiran mereka beraya di rumah kami agak memberangsangkan. Tiada menu istimewa disediakan melainkan menu yang sama seperti tahun-tahun sebelumnya iaitu beberapa jenis kueh/biskut raya, lontong, laksa penang, nasi air dan bihun sup.
Sebagai tuan rumah, kami sentiasa gembira dan bersedia menerima kunjungan tetamu kami kerana tetamu yang datang membawa rahmat dan keberkatan.
Foto ahli keluarga dan tetamu yang hadhir:
Kredit Video Raya: Qalby Iman
Pautan berkaitan: Sambutan HariRaya Aidilfitri 2019
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.