disable

doa dan imej

doa dan imej
                                                                                                                                                                      

Ahad, 24 September 2023

Rebutlah Peluang Ini Sementara Masih Sihat Dan Masih Bernyawa.

Semoga arwah poknik (Yusof bin Hassan)
ditempatkan dalam kalangan ahli syurga.

                         السلام عليكم ورحمة الله وبركات

Masa terus berjalan begitu pantas tanpa menghiraukan sesaat pun masa yang berlalu. Semakin hari semakin bertambah umur kita. Semakin bertambah umur kita, semakin dekat kita dengan kematian. Ajal dan maut pula adalah rahsia Allah yang telah ditetapkan oleh-Nya sejak azali lagi. Bila, bagaimana, dimana, tak kira siapa kita, miskin atau kaya, muda atau tua, jahat atau baik dan kematian itu pasti kerana hidup ini hanya satu persinggahan.

Kehidupan kita tak ubah bagaikan sebuah pentas dunia. Didalamnya ada terselit pelbagai kisah suka dan duka. Hakikatnya kehidupan yang kita lalui samaada yang indah-indah tapi segalanya bagaikan sebuah mimpi yang hadhirnya adalah bersifat sementara.

Allah berfirman dalam Surah Al-An’aam ayat 32:

Bermaksud:

Dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan; dan demi sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa. Oleh itu, tidakkah kamu mahu berfikir.

(Surah Al-An’aam ayat 32)


Orang-orang yang cinta terhadap kehidupan akhirat mereka akan beriman sepenuhnya dengan perintah Allah S.W.T tanpa melebihi urusan dunia. Bagi orang-orang yang bertaqwa, matlamat utama kehidupan mereka yang hakiki ialah hari akhirat yang kekal abadi.  

Betapa beruntungnya kepada mereka yang Allah izinkan kakinya melangkah kemasjid/surau²: 

  1. Pahala sahut seruan azan
  2. Pahala melangkah ke masjid
  3. Pahala masuk masjid.
  4. Pahala melangkah kaki kanan kedalam masjid
  5. Pahala doa masuk masjid
  6. Pahala solat tahiyyatul masjid
  7. Pahala i'tikaf
  8. Pahala solat berjamaah
  9. Pahala takbiratul ihram bersama imam
  10. Pahala Aamiin bersama imam
  11. Pahala rapatkan saf,
  12. Pahala luruskan saf
  13. Pahala dengar tilawah quran
  14. Pahala hubung silaturrahim
  15. Pahala duduk dalam majlis zikir
  16. Pahala duduk dalam majlis ilmu
  17. Pahala jadi makmum
  18. Pahala bersalaman dgn kwn2 ahli jamaah
  19. Pahala menuntut ilmu
  20. Pahala nasihat menasihati
  21. Pahala bersihkan masjid(sampah² atau debu di dalam masjid)
  22. Pahala mendengar bacaan Al Quran melalui bacaan imam.
  23. Pahala mengingatkan imam jika beliau lupa
  24. Pahala menghidupkan sunnah rasulullah s.a.w
  25. Pahala menghidupkan syiar agama Islam
  26. Pahala doa keluar masjid dan dengan langkah kiri.
  27. Pahala infaq/derma kat tabung masjid.
  28. Mengelakkan syaitan melakukan godaan sebab solat.
  29. .....


 PENGAJARAN

  1. Kehidupan dunia hanyalah kesenangan sementara, sebaliknya kesenangan yang kekal abadi adalah di negeri akhirat sana.
  2. Amat rugilah bagi sesiapa yang mencintai kehidupan dunia melebihi kehidupan akhirat.
  3. Dalam menuju kehidupan yang paling baik di negeri akhirat nanti, hendaklah kita mempersiapkan diri dengan amal kebaikan dan ketaatan sebaik mungkin kepada Allah S.W.T semasa di dunia.
  4. Kehidupan di dunia ini diibaratkan ladang kepada manusia untuk bercucuk tanam segala kebaikan, manakala akhirat pula sebagai tempat menuai hasil. 

Allah berfirman dalam Surah al-Hadid ayat 20:


Maksudnya:

Ketahuilah bahawa (yang dikatakan) kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah (bawaan hidup yang berupa semata-mata) permainan dan hiburan (yang melalaikan) serta perhiasan (yang mengurang), juga (bawaan hidup yang bertujuan) bermegah-megah di antara kamu (dengan kelebihan, kekuatan, dan bangsa keturunan) serta berlumba-lumba membanyakkan harta benda dan anak pinak; (semuanya itu terhad waktunya) samalah seperti hujan yang (menumbuhkan tanaman yang menghijau subur) menjadikan penanamnya suka dan tertarik hati kepada kesuburannya, kemudian tanaman itu bergerak segar (ke suatu masa yang tertentu), selepas itu engkau melihatnya berupa kuning; akhirnya ia menjadi hancur bersepai; dan (hendaklah diketahui lagi, bahawa) di akhirat ada azab yang berat (di sediakan bagi golongan yang hanya mengutamakan kehidupan dunia itu), dan (ada pula) keampunan besar serta keredaan dari Allah (disediakan bagi orang-orang yang mengutamakan akhirat). Dan (ingatlah, bahawa) kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.

Surah al-Hadid ayat 20


Sebagai seorang muslim kita seharusnya benar-benar menyedari betapa dunia hanya negeri yang sementara. Dunia yang kita diami ini merupakan suatu tempat persinggahan untuk mencari mencari bekal untuk dibawa ke negeri akhirat. Akhirat pula tempat menuai hasil amalan. Jika amalan kebajikan yang diusahakan di dunia baik, tentu balasan di akhirat pun akan baik, dan demikian sebaliknya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.