disable

doa dan imej

doa dan imej
                                                                                                                                                                      

Jumaat, 30 Ogos 2024

JIWA MERDEKA - Intipati Khutbah Jumaat MAIK 30.8.2024.

 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

 

Bersyukur ke hadrat Allah atas rahmat dan nikmat kemerdekaan. Bersyukur juga atas keamanan, keselamatan dan kedamaian. Selepas 67 tahun kita mencapai  kemerdekaaan, sepatutnya kita matang dan menjaga maruah diri, bangsa dan negara yang yang tercinta ini.

 

MUHASABAH DIRI:

■ Adakah jiwa kita telah merdeka? 

■ Adakah diri, pemikiran, politik, ekonomi, sosial, undang-undang masih mengikut telunjuk penjajah? 

■ Adakah pendidikan, politik, ekonomi, sosial kita boleh dibangga? 

■ Adakah jiwa, perasaan dan pemikiran kita telah bebas? 

■ Adakah jiwa kita rukuk, sujud dan setia hanya kepada Allah?

 

AYUH SEMUA ANAK BANGSA, KITA SATUKAN HATI, SATUKAN JIWA, DEMI TANAH AIR KITA YANG TERCINTA!:

■ Gilap semula ciri-ciri keperibadian dan kembali melaksanakan nilai-nilai Islam.

■ Jangan jadi seperti buih terapung yang kemudiannya lenyap hanyut dan terbuang.

■ Jadilah umat yang berkualiti unggul, mampu bertahan menempuh cabaran.

■ Jangan jadi hamba abdi di negara sendiri dengan penuh kehinaan.

■ Miliki jiwa merdeka (tahu betapa mahalnya harga diri, maruah dan martabat), bukan berjiwa hamba (rela dihina dan diremehkan setiap saat).

■ Jangan berterusan menjadi pengkagum Inggeris dan budaya barat (hingga terlalu merendah diri).

■ Jangan putus dari akar tunjang Islam (hingga pemikiran, gaya hidup, cita rasa dan selera adalah selera barat).

[Al-marhum Dr Burhanuddin al Helmi berkata, "Di atas robohnya Kota Melaka, kita dirikan jiwa merdeka".]

■ Dengan jiwa merdeka bangsa akan berusaha bersungguh-sungguh membina umat yang berkualiti hebat. Bersedia mencabut jiwa perhambaan, pendewaan dan pemujaan terhadap pemikiran serta budaya hidup barat.

■ Jangan pencilkan Islam dari arus perdana dalam apa sahaja bidang. Jangan biarkan fahaman-fahaman yang bertentangan dengan Islam subur dan berkembang.


Kredit: 352024-sambutan-hari-kebangsaan-malaysia-2024


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.