السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَيْسَ مِنَّا مَنْ لَمْ يَرْحَمْ صَغِيرَنَا وَيُوَقِّرْ كَبِيرَنَا
وَيَأْمُرْ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَ عَنْ الْمُنْكَرِ
Daripada Ibnu Abbas RA ia berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Bukanlah termasuk golongan kami, mereka yang tidak mengasihi anak-anak kecil kami dan tidak pula menghormati orang tua kami, serta tidak menyuruh yang makruf dan melarang yang mungkar."
(HR Tirmidzi No: 1844) Status: Hadis Hasan
Pengajaran:
1. Orang yang tidak
mengasihi anak-anak kecil dan menghormati orang tua – mereka tidak mengikuti
sunah Rasulullah dan Adab seorang Muslim.
2. Menghormati orang
tua atau orang yang lebih tua daripada kita termasuk sunnah Nabi. Rasulullah
SAW bersabda:
إِنَّ جِبْرِيلَ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَمَرَنِي
أَنْ أُكَبِّرَ
"Jibril telah menyuruhku untuk mendahulukan orang-orang yang lebih tua"
(HR. Ahmad
No:1555)
3. Dahulukan orang
yang lebih tua dari kita. Malik bin Mighwal rahimahullah berkata:
كُنْتُ أَمْشِيْ مَعَ طَلْحَةَ بْنِ مُصَرِّفٍ فَصِرْنَا إِلَى مَضْيَقٍ فَتَقَدَّمَنِيْ ثُمَّ
قَالَ لِيْ : لَوْ كُنْتُ أَعْلَمُ أَنَّكَ أَكْبَرُ مِنِّيِ بِيَوْمٍ مَا تَقَدَّمْتُكَ
"Dahulu aku berjalan bersama Thalhah bin Musharrif, sampailah kami ke sebuah jalan sempit, maka beliaupun mendahuluiku, seraya berkata kepadaku: Seandainya aku mengetahui bahawa engkau lebih tua satu hari daripada aku nescaya aku tidak akan mendahuluimu"
(Diriwayatkan oleh
Al-Khathiib Al Baghdaady dalam Al Jaami' li Akhlaaqi Ar Raawii wa Aadaabi As
Saami', no: 249)
4. Untuk menjadi
orang yang bersama Rasulullah, kita perlu berperanan berdakwah ditengah-tengah
masyarakat iaitu menyuruh kepada yang makruf dan mencegah daripada kemungkaran.
Berusahalah kita mencontohi Rasulullah SAW dengan menghormati orang yang lebih tua dari kita,
menyayangi yang muda serta berusaha
mengajak kepada kebaikan dan menjauhi kemungkaran.
Kredit: telegram.me/hadisharian_ikram
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.