عَنْ عَدِيِّ بْنِ عَمِيرَةَ الْكِنْدِيِّ قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ
اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ مَنْ اسْتَعْمَلْنَاهُ مِنْكُمْ
عَلَى عَمَلٍ فَكَتَمْنَا مِخْيَطًا فَمَا فَوْقَهُ كَانَ غُلُولًا يَأْتِي بِهِ يَوْمَ
الْقِيَامَةِ قَالَ فَقَامَ إِلَيْهِ رَجُلٌ أَسْوَدُ مِنْ الْأَنْصَارِ كَأَنِّي أَنْظُرُ
إِلَيْهِ فَقَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ اقْبَلْ عَنِّي عَمَلَكَ قَالَ وَمَا لَكَ قَالَ
سَمِعْتُكَ تَقُولُ كَذَا وَكَذَا قَالَ وَأَنَا أَقُولُهُ الْآنَ مَنْ اسْتَعْمَلْنَاهُ
مِنْكُمْ عَلَى عَمَلٍ فَلْيَجِئْ بِقَلِيلِهِ وَكَثِيرِهِ فَمَا أُوتِيَ مِنْهُ أَخَذَ
وَمَا نُهِيَ عَنْهُ انْتَهَى
Daripada 'Adi bin Amirah Al Kindi dia berkata, "Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa diantara kalian yang kami tugaskan untuk suatu pekerjaan (urusan), kemudian dia menyembunyikan dari kami (meskipun) sebatang jarum, atau sesuatu yang lebih kecil dari itu, maka itu adalah ghulul (pengkhianatan) yang pada hari kiamat akan ia bawa (untuk di dakwa)." 'Adi bin 'Amirah berkata, "Kemudian seorang lelaki hitam dari Anshar berdiri mengadap Nabi SAW, seolah-olah aku melihatnya, lalu dia berkata, "Wahai Rasulullah, kalau begitu saya akan tarik kembali tugas yang pernah anda bebankan kepada saya!" Nabi SAW bertanya: "Ada apa denganmu?" dia menjawab, "Saya telah mendengar bahawa engkau bersabda seperti ini dan seperti ini (maksudnya perkataan diatas)." Baginda bersabda: "Sekarang saya sampaikan, bahawa barangsiapa dari kalian yang kami tugaskan untuk suatu pekerjaan hendaklah ia membawa kembali (seluruh hasil), sedikit atau banyak. Kemudian apa yang memang diberikan untuknya ia boleh mengambilnya, dan apa yang memang dilarang untuknya, maka ia perlu menahan diri."
(HR Muslim No: 3415) Status: Hadis Sahih.
Pengajaran:
- Setiap orang yang menjawat sebarang jawatan dalam organisasi atau jabatan, ada amanah dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan dengan sebaik mungkin.
- Sebagai pekerja yang dibayar upah atau gaji, menjadi tanggungjawab melaksanakan tugas dengan bersungguh-sungguh dan penuh amanah. Sama ada tugas yang berupa perkhidmatan atau servis, menghasilkan produk mahupun yang berkaitan dengan harta.
- Rasulullah SAW mengingatkan, jika urusan yang diamanahkan itu berkaitan dengan harta, maka ia berkewajipan untuk menyerahkan kesemuanya kepada majikan. Dilarang mengambil atau menyembunyikan untuk kegunaan peribadi walaupun hanya sebesar jarum. Jika ia merupakan hak awam, maka dilarang mengambilnya untuk kepentingan peribadi.
- Allah SWT mengingatkan:
وَمَن يَغۡلُلۡ يَأۡتِ بِمَا غَلَّ يَوۡمَ ٱلۡقِيَٰمَةِۚ ثُمَّ
تُوَفَّىٰ كُلُّ نَفۡسٖ مَّا كَسَبَتۡ وَهُمۡ لَا يُظۡلَمُونَ ١٦١
Dan barangsiapa yang berkhianat (menggelapkan sesuatu), dia akan bawa bersama pada hari kiamat kelak apa yang dikhianatinya itu; kemudian tiap-tiap seorang akan disempurnakan (balasan bagi) apa yang telah diusahakannya, sedang mereka tidak akan dikurangkan sedikitpun (balasannya).
(Ali-Imran: 161).
Imam al-Razi dalam tafsir al-Kabir menjelaskan berkhianat bermaksud mengambil hak negara secara diam-diam atau sembunyi.
Ia juga bermaksud suatu tindakan curang bagi mendapatkan wang ataupun keuntungan dengan cara atau kaedah membelakangkan peraturan atau undang-undang negara. Tindakan atau perlakuan ini merangkumi memberi atau menerima suapan (bribery), mencuri (theft), menggelapkan (embezzlement), melakukan pemalsuan, pemerasan atau ugutan (extortion), dan menyalah gunakan pangkat atau jawatan awam ketika berkuasa (graft). Semua perbuatan ini dari aspek agama hukumnya adalah haram.
Bersama kita membina Negara Malaysia Merdeka yang utuh dan teguh dengan memiliki sifat amanah serta tidak khianat. Keluarga Malaysia Teguh Bersama.
Selamat Menyambut Hari Malaysia 2024 16 September 2024 | 12 Rabiulawal 1446H Bersama kita raikan Hari Malaysia dengan penuh rasa bangga.
Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah:
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.