disable

doa dan imej

doa dan imej
                                                                                                                                                                      

Sabtu, 9 April 2011

MASJID NABAWI


Masjid Nabawi memiliki keutamaan dan keistimewaan tersendiri berbanding masjid-masjid lain. Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud: “Solat di masjidku lebih utama daripada seribu kali solat di tempat lain kecuali di Masjidil Haram. Dan solat di Masjidil Haram lebih utama seratus ribu kali daripada solat di tempat lain.” (Riwayat Ahmad)

Rasullah saw membangunkan masjidnya atas asas taqwa. Kedudukannya di tengah-tengah bandar Madinah sesuai dengan peranannya sebagai sumber cahaya dan keindahan Islam.Tanah tapak masjid ini berasal daripada tempat mengering tamar kepunyaan dua orang anak yatim (Suhail dan Sahl). Rasulullah saw kemudiannya membeli tanah tersebut. Kawasan ini dipenuhi dengan pokok-pokok tamardan juga runtuhan-runtuhan lama yang kemudiannya dibersihkan dan diratakan untuk didirikan masjid. Kisah tanah ini terpilih untuk dijadikan tapak masjid sungguh unik sekali. Setelah Rasulullah saw keluar dari Quba' menuju ke kota Madinah,orang ramai berebut-rebut mengheret tali unta Rasulullah saw untuk membawa baginda sebagai tetamu ke rumah masing-masing. Namun demikian Rasulullah saw menyerahkan kepada unta baginda untuk membuat pilihan. Unta itu terus berjalan sambil berpaling ke kanan dan ke kiri seolah-olah mencari sesuatu,sehinggalah ia berhenti di tempat mimbar yang ada pada hari ini. Selepas ia berhenti, Rasulullah saw bersabda yang bermaksud " Insyaallah, di sinilah tempatnya".

Masjid Nabawi dibina buat pertama kalinya pada tahun pertama hijrah (622M) iaitu pada hari kedua setibanyan Rasulullah saw di kota Madinah.Keluasan asalnya kira-kira 850.5m persegi dan 2.9m tinggi. Atapnya diperbuat daripada pelepah-pelepah pokok tamar, dibentuk dengan tanah liat. Rasulullah saw sendiri turut sama dalam pembinaan ini dengan memikul dan membawa batu-batu. Pada ketika zaman Rasulullah saw dan Khulafa' Rasyidin,Masjid Nabawi tidak memiliki menara. Orang yang pertama sekali membangunkan menara Masjid Nabawi ialah Umar ibn Abdul Aziz pada tahun 93 H, iaitu dikeempat sudut Masjid.

Makam (pusara) Rasullullah SAW terletak di sebelah Timur Masjid Nabawi. Di tempat ini dahulu terdapat dua rumah, yaitu rumah Rasulullah SAW bersama Aisyah dan rumah Ali dengan Fatimah.
Sejak Rasulullah SAW wafat pada tahun 11 H (632 M), rumah Rasullullah `SAW terbagi dua. Bahagian arah kiblat (Selatan) utk makam Rasulullah SAW dan bahagian Utara, tempat tinggal Aisyah.
Sejak tahun 678 H. (1279 M) di atasnya dipasang Kubah Hijau (Green Dome). Dan sampai sekarang Kubah Hijau tsb tetap ada. Jadi tepat di bawah Kubah Hijau itulah jasad Rasullullah SAW dimakamkan. Di situ juga dimakamkan kedua sahabat , Abu Bakar (Khalifah Pertama) dan Umar (Khalifah Kedua) yang dimakamkan di bawah kubah, berdampingan dengan makam Rasulullah SAW.

Foto Kubah Hijau, di bawah kubah hijau terletaknya Makam Rasulullah SAW.

Foto Pintu Masuk ke Makam Rasulullah SAW.

Kronologi Masjid Nabawi
622 (Masihi) – Didirikan oleh Nabi Muhammad s.a.w.
629 – Diperluas oleh Nabi s.a.w.
638 – Diperluas oleh Saidina Umar al-Khattab.
650 – Saidina Uthman Affan menggantikan tiang dan atap serta memperluas bahagian lantai.
707 – Diperbaiki oleh Walid bin Abd Malik dan Umar bin Abd Aziz (Bani Umaiyah).
778 – Diperluas oleh al-Mahdi (Bani Abbasiah).
1247 – Terbakar.
1256 – Malik az-Zahir (Mamluk) menambah menara serta lantai bahagian hadapan.
1468 – Diperbaiki oleh Asyraf Qaitbay (Penguasa Mamluk).
1481 – Terbakar lagi.
1574 - Salim I (Uthmaniah) menggunakan marmar.
1818 – Diperbesar oleh Mahmud II (Uthmaniah). Kubah dicat hijau.
1849 – Dibangun besar-besaran oleh Sultan Abdul Majid (Uthmaniah).
1952 – Diperluas oleh Raja Abd Aziz ibnu Sa’ud (Arab Saudi).
1984 – Diperluas dan diperbaiki oleh Raja Fahd (Arab Saudi).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.