Pembentukan Negara Haram Israel pada 15 Mei, 1948 di bumi Palestin telah mengundang malapetaka besar. Selama lebih 60 tahun rakyat palestin hidup di medan pertempuran. Selama tempoh itu juga mereka dijajah, dizalimi, diseksa, dibunuh dan juga diperangi. Mengapa? Hanya kerana mereka mempertahankan bumi Palestin.
Pelbagai bentuk kesengsaraan sudah dilalui oleh rakyat Palestin. Pengusiran dari rumah, kampung halaman dan juga tanah air, dibunuh, diseksa, ditembak, dibom, dibantai, disembelih dan pelbagai perbuatan tidak bertamadun sudah mereka lalui. Generasi berganti generasi, umat Islam di Palestin tetap sabar mempertahankan tanah air mereka.
Pelbagai bentuk kesengsaraan sudah dilalui oleh rakyat Palestin. Pengusiran dari rumah, kampung halaman dan juga tanah air, dibunuh, diseksa, ditembak, dibom, dibantai, disembelih dan pelbagai perbuatan tidak bertamadun sudah mereka lalui. Generasi berganti generasi, umat Islam di Palestin tetap sabar mempertahankan tanah air mereka.
Akhirnya Yahudi laknatullah mengibar bendera putih pada petang Rabu (21/11/12) yang lalu. Mereka terpaksa akur untuk menerima perjanjian gencatan senjata selepas 8 hari menghujani bumi Gaza dengan bedilan bom pesawat mahupun roket.
Ada dua objektif utama serangan Israel terhadap Gaza, iaitu untuk menghancurkan roket-roket Briged al-Qassam dan seterusnya menghancurkan pejuang Palestin termasuk kerajaan Hamas. Tetapi kedua-duanya gagal dilakukan Israel. Sebelum ini mereka dengan angkuh menyebutkan ribuan tentera darat, laut dan udara mereka sedia melenyapkan bumi Gaza. Akhirnya mereka sendiri yang ketakutan lari. Gencatan senjata adalah helah mereka setiap kali mereka ditimpa kehampaan dan kekalahan.
Peperangan di Gaza melibatkan penggunaan teknologi dan senjata yang sangat canggih. Tentera Zionis menggunakan jet pejuang, kereta kebal, peluru berpandu, bom pintar, pesawat ‘predator’ kawalan jauh dan juga bom fosforus putih yang diharamkan.
Ternyata kecanggihan persenjataan berteknologi moden tidak mampu menewaskan senjata doa mukmin dan pertolongan dari Allah SWT.
Ternyata kecanggihan persenjataan berteknologi moden tidak mampu menewaskan senjata doa mukmin dan pertolongan dari Allah SWT.
Israel terpaksa mendesak pihak ketiga agar diadakan gencatan senjata awal setelah mereka mengganas selama ‘hanya’ 8 hari dan telah mengorbankan ‘hanya’ 161 syuhada’ rakyat Palestin.
1- Roket al Qassam menemui sasaran strategiknya sehingga ke Tel Aviv dan Jerusalem (74 km) sedangkan kemampuan roket ini hanya 40-50 km pada tahun 2009.
2- Ben Gurion International Airport terpaksa memberhentikan operasinya selama beberapa hari disebabkan roket al Qassam.
3- Roket juga telah memaksa warga penjajah Israel tinggal di bawah tanah dengan ketakutan selama 8 hari dan operasi kerja harian kerajaan dan swasta dibatalkan sepanjang 8 hari yang lalu.
4- Buat kali pertama, roket al Qassam juga berjaya menjatuhkan jet pejuang F16 bersama 2 juruterbangnya ke perairan Gaza. Ini adalah kali pertama dalam sejarah perang Israel.
5- Roket al Qassam juga berjaya menjatuhkan helikopter Apache, drone dan berjaya mensasarkan kapal perang Israel sebagai destinasi roket ini.
6- Unit R & D IDF telah mendapati bahawa roket al Qassam yang sampai ke Tel Aviv adalah buatan tempatan (bukan dari Iran dsb). Ini membuktikan kemampuan unit R & D al Qassam mengeluarkan roket mereka sendiri.
7- Iron-Dome yang merupakan sistem penangkis peluru berpandu yang tercanggih Israel (dengan bantuan US) hanya berjaya menangkis 20-25 % daripada lebih 1400 roket al Qassam yang sampai ke Israel.
8- Israel terpaksa menggesa gencatan senjata terlebih awal miski pun Briged al Qassam baru menggunakan kira-kira 15 % daripada keseluruhan roket yang dipersiapkan kali ini.
9- Presiden Mesir, Dr Muhamad Mursi dan Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan yang memberikan sokongan secara terbuka kepada Palestin amat menakutkan Israel miski pun mereka belum memberikan sokongan ketenteraan kepada Palestin. Apatah lagi sekiranya negara-negara Arab dan negara umat Islam yang lain turut memberikan sokongan kepada mereka.
Ingatilah firman Allah swt dalam Surah al-Imran ayat 54:
وَمَكَرُواْ وَمَكَرَ اللّهُ وَاللّهُ خَيْرُ الْمَاكِرِينَ
وَمَكَرُواْ وَمَكَرَ اللّهُ وَاللّهُ خَيْرُ الْمَاكِرِينَ
Buat umat Islam, tugas kita belum selesai dalam membantu rakyat Palestin, khususnya di Gaza. Ribuan saudara kita telah kehilangan tempat tinggal dan kekurangan bekalan makanan yang kritikal. Hospital di Gaza mengalamikekurangan bekalan ubatan yang mendesak. Apa yang tentera Zionis lakukan dalam serangan ini ialah menghancurkan rumah, hospital dan kemudahan awam. Mereka mengumpulkan keluarga-keluarga yang banyak dalam sebuah rumah dan di situ mereka dibunuh dan dihancurkan dengan bom. Puluhan masjid rosak, puluhan bangunan kerajaan seperti sekolah dan pejabat musnah dan semua universiti dimusnahkan dengan letupan bom.
Peperangan di Gaza bukan hanya untuk membela dan menjaga Palestin tetapi sebenarnya untuk menjaga kemuliaan Islam dan umat Islam. Oleh kerana itu jika sekiranya anda turut serta membantu Gaza dan pejuang Palestin, maka itu bererti anda membela umat Islam keseluruhannya.
Lakukanlah sesuatu agar kita tergolong dari kalangan mereka yang berjuang mempertahankan bumi Palestin, bumi wakaf umat Islam yang ditinggalkan oleh pejuang terdahulu untuk kita bebaskan dari kekejaman. Jangan hanya biarkan pejuang Palestin sahaja mengambil tanggungjawab itu, sesungguhnya sudah lebih dari 60 tahun tahun mereka berjuang memikul bebanan seluruh umat Islam menentang agenda kufar.
Di manakah kamu apabila Palestin dihujani peluru dan bom?
Di manakah kamu ketika mereka sedang berjihad mempertahankan bumi Palestin?
Tidakkah kamu merasa malu bersenang dan bersuka di saat saudaramu di sana terus-menerus menderita menagih bantuan antarabangsa?
Sungguh beratkah beban yang ditanggung hinggakan sukarnya kamu untuk menghulurkan tangan bagi meringankan beban saudaramu berjuang mempertahankan bumi milik umat islam?
Mereka akan terus berjuang walau tiada sesiapa yang membantu, mereka rela syahid di medan juang walaupun hanya berbekalkan ketulan batu melawan rejim zionis yang tiada berperi kemanusiaan. Cita-cita mereka hanya untuk melihat Baitul Maqdis dan Masjid al-Aqsa kembali ke pangkuan umat Islam. Itulah azam yang tertanam kukuh di dalam setiap umat Palestin. Namun dalam serba kekurangan dan kedaifan ini, mereka tidak pernah putus pergantungan dengan Allah SWT.
Tidak sayangkah kamu kepada mereka?????????
Kita disini bersolat diatas masjid yang indah.
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud :
“Tidak seorang pun yang telah masuk syurga, ingin kembali ke dunia walaupun bagaimana besar kekayaannya di dunia, kecuali orang yang mati syahid. Dia mengharapkan kembali ke dunia hingga dibunuh kembali sepuluh kali dalam (perang fisabilillah). Sebab melihat keutamaan (kemuliaan) mati syahid.”
(HR Bukhari dan Muslim)
Seorang bapa bersedih diatas kematian tiga orang putera
puterinya yang terbunuh dalam serangan udara Zionis..
puterinya yang terbunuh dalam serangan udara Zionis..
Seorang kanak kanak palestin mendukung adiknya setelah
kedua dua ibubapanya terkorban dalam keganasan zionis
Kesedihan seorang Suami menghadapi kematian anak dan isteri
Yahudi Laknatullah sedaya upaya berusaha untuk menghapuskan pewaris di bumi Palestin. Mereka sedar kanak-kanak Palestin merupakan generasi yang akan menjadi penghalang dan menentang impian mereka menegakkan negara Zionis Israel.
Bayangkan mereka itu adalah isteri... atau suami... atau anak... atau adik beradik... atau ibubapa kita... dibunuh dengan kejam... tanpa mendapat simpati yang menyeluruh dari umat Islam yang ramai jumlahnya, yang mengaku beriman kepada Allah SWT
Bagi semua umat Islam tidak kira bangsa atau warna kulit , kita sesama Muslim ibarat satu tubuh. Jika satu disakiti, maka yang lain juga menderita atau setidak-tidaknya akan ada rasa kasihan terdetik di jiwa.
Justeru itu sumbangan dari umat Islam untuk membina kembali Gaza amat dinantikan. Teruskan menyumbang kepada tabung Palestin yang ada sebagai tanda kecintaan kita kepada saudara-saudara kita di Palestin. Semoga Allah memberi rahmat dan menambahkan rezeki kepada mereka yang menginfakkan hartanya ke jalan Allah.
Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan (ganjaran) bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Maha Mengetahui.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.