disable

doa dan imej

doa dan imej
                                                                                                                                                                      

Ahad, 21 Jun 2020

Doa Jauhi Mudarat - Zikir Penggerak.



Doa ini diajar oleh Rasulullah sebagai pendinding diri. Dianjurkan dibaca 3 kali di waktu pagi dan 3 kali di waktu petang untuk menghindar mudarat sepanjang hari.

Insha-Allah kita boleh terlepas daripada kemudaratan yang dinamakan 'Qada Muaalaq' iaitu ketentuan Allah yang boleh berubah dengan doa seperti sakit, rugi, kemalangan, sihir dan sebagainya.

Bagaimanapun jika ianya 'Qada Mubram' iaitu ketentuan Allah yang tidak boleh berubah seperti ajal maka membaca doa ini seribu kali pun pasti kita akan mati.

Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din menamakan doa ini sebagai ”Ayat Pengerak” kerana dengan membaca doa ini boleh mengerakkan hati kita untuk meneruskan atau tidak bila hendak melakukan sesuatu kerja-kerja yang berisiko.

Tuan Guru memberikan petua bagaimana untuk beramal dengan doa ini seperti beriku:

  1. Bila hendak pergi ke sesuatu tempat yang berisiko, merbahaya , bermusafir atau ingin membuat sesuatu perkerjaan yang berisiko maka dengan itu di anjurkan atau di galakkan membaca ayat ini sebanyak 7 kali.
  2. Seandainya ketika membaca ayat penggerak/pendinding diri tersekat - sekat atau ada gangguan ketika membaca ayat ini , maka dengan itu disyorkan berehat dulu. Setelah berehat baca lagi sehingga 7 kali. Seandainya bacaan lancar barulah diteruskan perjalanan atau sesuatu perkerjaan.
  3. Amalkan bacaan ayat penggerak/pendinding diri sebanyak 3 kali tiap-tiap selepas solat untuk sebatikan dalam tubuh badan agar ALLAH SWT melindungi kita daripada segala bahaya atau sebarang mudarat mahupun musibah pada hari yang berkenaan.
  4. Jika hendak menjamu selera di luar rumah seperti kedai makan atau hentian rehat, dianjurkan membaca ayat ini sebanyak 3 kali di dalam hati sebagai perlindungan dari racun atau sihir (santau atau pelaris) yang mungkin terkandung di dalam makan atau minuman itu.
  5. Jika hendak menaiki kenderaan, baca ayat ini sebanyak 3 kali supaya kita dielakkan dari sebarang malapetaka seperti kemalangan jalanraya.
  6. Jika mejalankan sesuatu perniagaan, Insya-Allah kita tidak akan menanggung sebarang kerugian jika kita mengamalkan ayat ini. Baca tiap - tiap selepas solat sebanyak 3 kali.
  7. Sebelum kita pergi ke sesuatu tempat yang kebiasaannya didiami makhluk halus seperti di tepi tasik, di dalam hutan, bangunan yang telah lama di tinggalkan dan sebagainya, bacalah doa ini agar terhindar dari gangguan makhluk halus.

Terlalu besar manfaat doa ini buat kita. Semoga kita sama-sama dapat beramal dengannya.

#DoaNabi #WardahMedia

Kredit : mdruzai

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.