disable

doa dan imej

doa dan imej
                                                                                                                                                                      

Rabu, 24 Jun 2020

Inilah Doaku & Soal Jawab Fiqh COVID-19 - YB Senator Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri.pdf


Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri telah menghasilkan dua buku baharu bertajuk Inilah Doaku dan Soal Jawab Fiqh COVID-19, yang boleh dijadikan panduan berguna kepada seluruh umat islam di Malaysia. 

Buku Inilah Doaku mengandungi 35 doa yang wajar dibaca dan diamalkan, yang dihimpunkan dalam buku setebal 54 muka surat.

      

Manakala buku Soal Jawab Fiqh COVID-19 pula menghimpunkan pelbagai soalan lazim yang sering dikemukakan berkaitan hukum dan permasalahan yang dihadapi masyarakat dalam suasana wabak COVID-19 yang sedang berlaku. Buku setebal 191 muka surat itu dapat menjawab beberapa persoalan berkaitan solat Jumaat dan solat fardu, azan, kenduri kahwin, hukum bersalaman dan solat jenazah.

Buku yang diterbitkan Pejabat Menteri di JPM (Hal Ehwal Agama) itu telah diedarkan secara percuma bagi salinan cetak, manakala salinan dalam format PDF boleh dimuat turun di https://mira.gov.my/buku/.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.