السلام
عليكم ورحمة الله وبركاته
Tanah perkuburan menjadi salah satu kawasan yang perlu dihormati. Aktiviti membersihkan tanah perkuburan adalah amalan yang sangat mulia.
Adalah menjadi tanggungjawab kita semua menjaga kawasan
perkuburan supaya bersih dan terjaga. Apatah lagi kubur ialah tempat manusia
dikebumikan selepas dijemput Ilahi pada suatu hari nanti.
Jawatankuasa Tanah Perkuburan Islam Jias yang
dipengerusikan oleh saudara Azli Ismail sentiasa berusaha menjaga kebersihan
kawasan perkuburan dari tumbuhan liar dan mempastikan tiada binatang ternakan yang berkeliaran
dalam kawasan perkuburan.
Semua ahli masyarakat sepatutnya mengambil bahagian
sekiranya diadakan aktiviti membersihkan tanah perkuburan seperti ini.
Golongan muda perlu diberikan pendedahan dengan aktiviti
sosial sebegini supaya dapat mendapat kesedaran tentang kepentingan hidup
bermasyarakat.
Menziarahi sanak saudara yang telah meninggal dapat
mengingatkan kita akan kematian dan mengambil pengajaran daripadanya dan amalan
ini merupakan amalan sunat yang dituntut. Ini adalah untuk memberikan imej
lebih sempurna, dengan menjaga kebersihan secara berkala dapat memberikan
suasana yang selesa kepada ahli keluarga yang datang menziarah.
Ketika kita masih sihat, kita ambillah peluang ziarah dan
bersih kawasan kubur, entah esok, lusa kita pula berada di bawah tanah seperti
sanak saudara dan kawan-kawan kita yang terlebih dahulu dijemput mengadap
Ilahi.
Kami dari kalangan wargaemas sentiasa menyokong dan mendokong semua aktiviti yang dapat memberikan manfaat kepada masyarakat khususnya warga Mukim Padang Enggang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.