disable

doa dan imej

doa dan imej
                                                                                                                                                                      

Jumaat, 9 Ogos 2024

Kita Sering Lupa Dan Lalai Apa Yang Bakal Kita Hadapi Di Akhirat Nanti

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتهُ

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم

 

Kita sering lupa dan lalai apa yang bakal kita hadapi di akhirat nanti, biarpun merasakan sudah beriman kepada kehidupan akhirat. Ini menjadikan kita merasa bebas untuk bercakap sesuka hati, menulis apa sahaja yang mahu, berbuat ikut kehendak nafsu keinginan kita tanpa berasa bimbang dengan apa yang akan dipertanggungjawaban di akhirat nanti...

 

وَمَا كُنْتُمْ تَسْتَتِرُوْنَ اَنْ يَّشْهَدَ عَلَيْكُمْ  سَمْعُكُمْ وَلَاۤ اَبْصَارُكُمْ وَلَا جُلُوْدُكُمْ وَلٰكِنْ ظَنَنْتُمْ اَنَّ اللّٰهَ  لَا يَعْلَمُ كَثِيْرًا مِّمَّا تَعْمَلُوْنَ

"Dan semasa kamu berselindung (ketika melakukan dosa di dunia dahulu) bukanlah kerana kamu bimbangkan pendengaran dan penglihatan serta kulit-kulit badan kamu menjadi saksi terhadap perbuatan-perbuatan kamu yang berdosa itu, akan tetapi kerana kamu menyangka bahawa Allah tidak mengetahui kebanyakan dosa yang kamu lakukan (secara bersembunyi itu)."

(Fussilat: 22)

 

Pada hari kita nampak kelemahan diri kita, itulah anugerah atau hidayah dari Allah petanda kita dekat dengan Allah. Tetapi pada hari kita nampak keburukan orang lain, itu petanda kita jauh dari Allah.

 

وَكُلَّ اِنْسَانٍ اَلْزَمْنٰهُ  طٰۤئِرَهٗ فِيْ عُنُقِهٖ  ؕ  وَنُخْرِجُ لَهٗ يَوْمَ الْقِيٰمَةِ كِتٰبًا يَّلْقٰٮهُ مَنْشُوْرًا (١٣)

اِقْرَأْ كِتٰبَك َ  ؕ  كَفٰى بِنَفْسِكَ الْيَوْمَ عَلَيْكَ حَسِيْبًا (١٤)

"Dan tiap-tiap seorang manusia Kami kalongkan bahagian nasibnya di lehernya, dan pada hari kiamat kelak Kami akan keluarkan kepadanya kitab (suratan amalnya) yang akan didapatinya terbuka (untuk di tatapnya)."(13)

"(Lalu Kami perintahkan kepadanya): "Bacalah Kitab (suratan amalmu), cukuplah engkau sendiri pada hari ini menjadi penghitung terhadap dirimu (tentang segala yang telah engkau lakukan)"."(14)

(Al-Isra': 13-14)

 


Seorang Mukmin tidak boleh melakukan sesuatu mengikut sesuka hati mereka. Ada perkara yang dibenarkan untuk dilakukan dan ada juga perkara yang dilarang oleh syarak. Diibaratkan seperti orang yang berada di dalam penjara, ada yang boleh dilakukan dan ada yang dihalang.

 

وَوُضِعَ الْكِتٰبُ فَتَرَى الْمُجْرِمِيْنَ مُشْفِقِيْنَ مِمَّا فِيْهِ وَ يَقُوْلُوْنَ يٰوَيْلَـتَـنَا مَالِ هٰذَا الْـكِتٰبِ لَا يُغَادِرُ صَغِيْرَةً وَّلَا كَبِيْرَةً اِلَّاۤ اَحْصٰٮهَا   ۚ  وَوَجَدُوْا مَا عَمِلُوْا حَاضِرًا  ؕ  وَ لَا يَظْلِمُ رَبُّكَ اَحَدًا

"Dan "Kitab-kitab Amal" juga tetap akan dibentangkan, maka engkau akan melihat orang-orang yang berdosa itu, merasa takut akan apa yang tersurat di dalamnya; dan mereka akan berkata:" Aduhai celakanya kami, mengapa kitab ini demikian keadaannya? Ia tidak meninggalkan yang kecil atau yang besar, melainkan semua dihitungnya!" Dan mereka dapati segala yang mereka kerjakan itu sedia (tertulis di dalamnya); dan (ingatlah) Tuhanmu tidak berlaku zalim kepada seseorangpun."

(Al-Kahf: 49)


 

 

وَلَا تَقْفُ مَا لَـيْسَ لَـكَ بِهٖ عِلْمٌ  ؕ  اِنَّ السَّمْعَ وَالْبَصَرَ وَالْفُؤَادَ كُلُّ اُولٰۤئِكَ كَانَ عَنْهُ مَسْئُوْلًا

"Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya."

(Al-Isra': 36)


 

اعْمَلُوا مَا شِئْتُمْ ۖ إِنَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيرٌ

“Perbuatlah apa yang kamu kehendaki; Sesungguhnya Dia Maha melihat apa yang kamu kerjakan”.

(Fushilat: 40)

 


Kita semua mempunyai peluang untuk melakukan kebaikan. Jika kita banyak melakukan kebaikan maka dia akan beroleh ganjaran yang banyak.

Ada kalanya ketika kita melakukan kebaikan, ada orang yang tidak suka lantas memandang kita secara negatif. Maka sebaiknya kita bersabar.

Ada kalanya pula, diri kita sendiri yang menjadi penyebab terhadap kebaikan yang dilakukan sehingga ianya menjadi rosak dan sia-sia. Maka sebaik-baiknya kita berusaha memastikan setiap amal kebajikan dilakukan hanya kerana Allah.





12 Zulhijjah 1445H
19 Jun 2024M

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.