Kota Bharu telah dibuka secara rasmi pada tahun 1844 oleh Sultan Muhammad II (Long Senik bin Long Tan) sebagai ibu negeri Kelantan yang baru bagi
menggantikan Kota Saba yang tidak lagi sesuai untuk dijadikan pusat pentadbiran
negeri kerana selalu diancam dengan bah (banjir).
Sultan Mohd. Ke-II (Long Senik bin Long Tan) menitahkan pusat pemerintahan baginda berpindah ke tempat lain dan mendirikan sebuah istana baru di kawasan yang lebih selamat dari ancaman bah dan tanah runtuh untuk dijadikan pusat pemerintahan.
Baginda bersemayam di sebuah istana yang digelar Kota Bharu bersempena kota yang baharu dibuka oleh baginda. Bagi mengelakkan kekeliruan, nama ibu negeri iaitu Kota Bharu yang sama dengan nama istana tersebut, baginda menitahkan supaya nama istana ditukar kepada nama Istana Balai Besar.
Istana Balai Besar |
Lelaki Kelantan & Wanita Kelantan:
Sejak terdirinya Istana Balai Besar dan bandar Kota Bharu dalam tahun 1844, rakyat mula membina rumah kediaman dan kampong halaman mereka masing-masing di sebelah hilir dan hulu kawasan Buluh Kubu atau Dalam Kubu. Akhirnya tempat itu menjadi sebuah perkampungan yang besar. Pada mulanya Kota Bharu mempunyai keluasan 10.12 hektar yang dikelilingi oleh parit sebagai kubu dan dipagari pula oleh pokok-pokok buluh.
Didalam kawasan kubu itulah didirikan rumah-rumah kediaman kerabat diraja, orang besar istana dan juga rumah-rumah orang berjasa kepada raja dan negeri. Manakala rakyat biasa di sekitar kawasan nya. Kawasan yang agak penuh sesak pada waktu itu ialah dikawasan hilir bandar Kota Bharu yang dikenali dengan nama Kampung Masjid dan Kubang Pasu atau Kampung Balik Hilir. Pada sebelah hulunya meliputi Jalan Che Su (Kampung Gajah Mati) dan Jalan Tok Hakim.
Didalam kawasan kubu itulah didirikan rumah-rumah kediaman kerabat diraja, orang besar istana dan juga rumah-rumah orang berjasa kepada raja dan negeri. Manakala rakyat biasa di sekitar kawasan nya. Kawasan yang agak penuh sesak pada waktu itu ialah dikawasan hilir bandar Kota Bharu yang dikenali dengan nama Kampung Masjid dan Kubang Pasu atau Kampung Balik Hilir. Pada sebelah hulunya meliputi Jalan Che Su (Kampung Gajah Mati) dan Jalan Tok Hakim.
Foto Tahun 1902: Depan Pintu Besar |
Pemandangan Padang Bank dari Tambatan Di Raja |
Pada 1926, berlaku hujan lebat tanpa henti selama 10 hari yang mengakibatkan banjir besar atau lebih dikenali sebagai Bah Merah di kalangan penduduk Kelantan. Bah Merah ini begitu dasyat dan meragut banyak nyawa, memusnahkan tanaman dan rumah penduduk.
Pegawai British (dari kiri) Mr Ferrier, Dr Tailor, Mr Kempdan Mr Worham berdepan banjir besar di Kota Bharu pada 1927. |
Pada tahun penghujung tahun 1966 hingga ke awal tahun 1967, satu lagi bah besar melanda negeri kelantan ini dan meragut puluhan nyawa dan lebih lima ratus ribu penduduk turut terjejas.
Bagi menyelamatkan warisan yang sangat berharga ini, Persatuan Sejarah Malaysia dengan kerjasama Kerajaan Negeri Kelantan telah memindahkannya ke tempat lain yang lebih selamat, iaitu dalam kawasan kampus Yayasan Pengajian Tinggi Islam Kelantan di Nilam Puri, Kota Bharu. Masjid lama ini telah dibina semula mengikut bentuk asal dan menggunakan semula bahan lama seberapa yang boleh.
Kelantan menerima W.A. Graham
Bah yang kedua besar selepas bah merah tahun 1927 turut merosakkan masjid tertua di asia tenggara iaitu Masjid Kampung Laut. Serambi dan sebahagian besar tanah dan tapak masjid telah runtuh dan hanyut kedalam sungai menyebabkan masjid jadi senget kedudukannya.
Bagi menyelamatkan warisan yang sangat berharga ini, Persatuan Sejarah Malaysia dengan kerjasama Kerajaan Negeri Kelantan telah memindahkannya ke tempat lain yang lebih selamat, iaitu dalam kawasan kampus Yayasan Pengajian Tinggi Islam Kelantan di Nilam Puri, Kota Bharu. Masjid lama ini telah dibina semula mengikut bentuk asal dan menggunakan semula bahan lama seberapa yang boleh.
Masjid Kampung Laut selepas dilanda banjir. |
Kelantan menerima W.A. Graham
sebagai Penasihat Siam tahun 1903
1. Pejabat Setiausaha Kerajaan
Bandar Kota Bharu mula berkembang pesat sejak dari tahun 1903 apabila satu pentadbiran baru diasaskan. Pada pertengahan tahun 1902 Perjanjian Inggeris dan Siam telah ditandatangani, dimana kerajaan Inggeris dan Siam bersetuju memperakui negeri Kelantan dibawah naungan Siam yang ditadbirkan secara Sistem Penasihat (Advisory System) oleh Residen dan Penolong Residen yang dipangku oleh William Armstrong Graham dan H.W Thompson telah tiba di Kota Bharu dari Bangkok. Pentadbiran baru di negeri Kelantan itu terkenal dengan nama Pentadbiran Graham yang berjalan selama 7 tahun dari 25 Julai 1902 hingga15 Julai 1909. Pejabat Setiausaha Kerajaan pada masa itu terletak di sebelah hadapan Istana Balai Besar sekarang dan terkenal dengan panggilan “opis panjang” atau “opis pohon celagi”.
2. Pejabat Khazanah (Perbendaharaan)
Pejabat Khazanah (Perbendaharaan) bertempat di sebuah rumah kecil didalam kawasan Istana Balai Besar. Bank Pitis adalah merupakan sebuah bangunan batu tertua yang terletak di luar pintu masuk ke Istana Balai Besar, Kota Bharu, Kelantan. Berukuran 12 kaki lebar dan tingginya 12 kaki. Daun pintunya diperbuat daripada kayu cengal dan dipasang dengan tiga penyelak (kunci) yang diperbuat daripada besi.
Bangunan ini telah dibina pada zaman pemerintahan Sultan Muhammaad III (Long Kundur bin Sultan Ahmad 1889- 1890). Tujuan utama bangunan ini adalah untuk menyimpan pitis-pitis (pitis dalam dialek Kelantan bermaksud wang) perbelanjaan negeri Kelantan pada masa itu.
Bank Pitis |
3. Mahkamah Rendah, Tengah dan Tinggi
Mahkamah (Rendah, Tengah dan Tinggi) bertempat di bangunan baru yang berhampiran dengan rumah kediaman Menteri Besar, Datuk Hassan Muhd. Salleh. berdekatan dengan bangunan tambahan Masjid Besar Muhammadi (sebelah hulu berhadapan dengan Padang Merdeka)
Bangunan Mahkamah Syariah Kota Bharu 1905
4. Pejabat Penjara
Pada asalnya terletak disekitar kawasan Hotel Temenggong sekarang dan pada masa itu penjara tersebut terkenal dengan nama 'Gok Buruk'.
Pada tahun 1907 sebuah penjara baru dibina dikawasan Padang
Perdana (dahulu terkenal dengan nama Padang Churchill) berhampiran dengan
Stadium Sultan Mohamad. Ke-IV sekarang.
Padang Churchill dinamakan sedemikian sempena nama
Penasihat British ke Kelantan selepas Perang Dunia Ke-II sehingga September
1952 yang bernama W.F.N. Churchill. Penduduk sekitar lebih selesa dengan
memanggil ‘Padang Chor chor’.
Pada tahun 1950an sebahagian penjara itu telah diroboh dan
di pindahkan ke Pengkalan Chepa. Manakala sebahagian lagi bangunan penjara
telah dijadikan Pejabat Unit Kawalan Penyakit Bawaan Vektor sehingga sekarang.
5. Pejabat dan Balai Polis
Pejabat dan Balai Polis ini terletak dikawasan Jabatan Kastam dan Eksais sekarang iaitu ditepi Sungai Kelantan.
Balai Polis Berhampiran Tambatan Di Raja Foto Tahun 1905 |
Pada 1913 Kapten H.A. Anderson mengetuai polis kelantan. Kapten Anderson memperkukuhkan Pasukan Polis Kelantan dengan menekankan corak disiplin ketenteraan. Apabila perang 1914 meletus, beliau diminta membantu mengatur dan mengorganisasikan polis sukarelawan yang dianggotai oleh orang Eropah di Kelantan.
Kapt. Anderson dan pegawai-pegawai Polis Kelantan pada tahun 1930 |
6. Pejabat Pos
Pejabat Pos ini terletak di kawasan tiang bendera Padang Merdeka.
Pejabat Pos Lama Kota Bharu |
7. Pejabat Pelajaran.
Pejabat Pelajaran adalah dihadapan Pejabat Jajahan dan Tanah Kota Bharu sekarang.
Foto Tahun 1905: Pejabat Pelajaran kelantan |
8. Hospital Umum Kota Bharu
Hospital Umum Kota Bharu mula beroperasi pada tahun 1920an, terdiri dari dua buah bangunan, satu bangunan dikenali sebagai 'European Ward' dan satu bangunan lagi untuk rakyat Kelantan. Perkhidmatan yang diberikan pada ketika itu ialah Perubatan dan Pembedahan dan kes-kes ini ditempatkan didalam satu wad dan ini termasuklah kes bersalin.
Jumlah anggota yang berkhidmat pada ketika itu terdiri daripada dua orang doktor iaitu Dr. Gimlet sebagai Chief Medical Officer (CMO) dan dibantu oleh Dr. Mark Loi. Anggota sokongan terdiri daripada seorang Penyelia Hospital, 5 orang Dresser (Pembantu Pentadbiran), seorang Matron dan 4 orang Jururawat.
9. Pasar Kota Bharu.
Pasar Besar Kota Bahru Tahun 1950 |
Pada 17hb Mac 1966 Pasar MPKB (Majlis Perbandaran Kota
Bharu) telah dirasmikan oleh KDYMM Sultan Kelantan, Almarhum Tuanku Sultan Yahya
Petra Ibni Almarhum Sultan Ibrahim, Pasar MPKB ini dahulunya dikenali sebagai
Pasar Besar.
Pasar MPKB (Majlis Perbandaran Kota Bharu)
Pada tahun 1932, Pasar Kubang Pasu pula siap dibina disatu kawasan paya yang telah ditebus guna. Jarak antara kedua-dua pasar tersebut ialah 2 km. Bekalan air paip digunakan didalam kawasan bandar Kota Bharu pada tahun 1935. Sebelum daripada itu penduduk Bandar Kota Bharu menggunakan air perigi atau telaga ataupun air dari Sungai Kelantan bagi mereka yang tinggal berhampiran dengan tebing sungai.
10. The Mercatile Bank of India Ltd
Merupakan Bank pertama yang dibina di Kelantan dan mula digunakan pada tahun 1912 . Terletak di sebelah Hilir Padang Bank. Masyarakat tempatan Kelantan lebih mengenali bangunan ini sebagai Bank Kerapu kerana sebahagian daripada permukaan bangunan ini disimen dengan menggunakan batu-bata kecil yang menyebabkan permukaannya tidak rata dan menggerutu. Mulai tahun 1992 bangunan ini digunakan sebagai Memorial Perang Dunia Ke II di Kelantan.
Bank Kerapu (Memorial Perang Dunia Ke II) |
11. Masjid Muhammadi
Pada tahun 1925 Masjid Muhammadi yang ada sekarang ini siap dibina. Bangunan masjid baru itu ialah masjid batu bagi menggantikan masjid kayu yang lama yang telah dibina pada tahun 1867. Perletakan batu asas pembinaan Masjid Muhammadi telah dilakukan oleh Sultan Ismail Ibni Almarhum Sultan Muhamad ke-IV pada 21 Ogos 1922 (28 Zulhijjah 1340H)
Pintu masuk ke Masjid Muhammadi 1907 |
Pada tahun 1926 bandar Kota Bharu mula menggunakan letrik yang dibekalkan oleh sebuah jentera sederhana yang ditempatkan di sebuah bangunan di Jalan Tok Hakim. Pada masa itu ibusawat letrik terletak di Lundang, Jalan Pasir Puteh (sekarang sudah tiada kerana kita pakai sistem grid kebangsaan yang berpengkalan di Paka,Terengganu) Bekalan letrik mula digunakan dalam bandar Kota Bharu pada akhir tahun 1926 dan pada awal 1927 lampu-lampu minyak jalanraya dalam Bandar Kota Bharu beransur-ansur digantikan dengan lampu letrik yang dikendalikan oleh Pejabat Kerja Raya pada masa itu.
Bagi tujuan menjadikan nya ibu negeri, mulai tahun 1939 bandar Kota Bharu telah diwartakan sebagai sebuah bandar dan ditadbir oleh Lembaga Bandaran Kota Bharu dan pentadbiran ini ditukar kepad Majlis Bandaran Kota Bharu pada tahun 1953. Pada tahun 1971 pula Majlis Bandaran Kota Bharu telah dimansuhkan dan ditukar kembali ketaraf Lembaga Bandaran Kota Bharu. Pada tahun 1978 Lembaga Bandaran Kota Bharu telah dinaik taraf kepada Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB). Pada tahun 2005, kerajaan negeri telah memberi nama baru iaitu Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam (MPKB-BRI). Jumlah keluasan kawasan dibawah pentadbiran Majlis Perbandaran Kota Bharu ialah 115km persegi berbanding hanya 10.12 hektar pada di awal penubuhan nya.
Jalan Temenggong Kota Bharu Tahun 1927 |
12. Lapangan Terbang Kota Bharu
Lapangan ini telah wujud semenjak sekian lama. Semasa Perang Dunia ke-2 angkatan Tentera Jepun telah memulakan serangan mereka dengan sasaran utama menawan pengkalan terbang ini. Tujuan utama pembinaanya adalah lebih kepada penerbangan Domestik untuk kegunaan orang kenamaan pada waktu itu. Ini bertepatan kerana ianya dibina berhampiran bandar pemerintahan Kelantan iaitu Kota Bharu.
Lapangan ini telah wujud semenjak sekian lama. Semasa Perang Dunia ke-2 angkatan Tentera Jepun telah memulakan serangan mereka dengan sasaran utama menawan pengkalan terbang ini. Tujuan utama pembinaanya adalah lebih kepada penerbangan Domestik untuk kegunaan orang kenamaan pada waktu itu. Ini bertepatan kerana ianya dibina berhampiran bandar pemerintahan Kelantan iaitu Kota Bharu.
Negeri Kelantan suatu masa dahulu mempunyai 4 buah landasan terbang:
I) Lapangan Terbang Kota Bharu, pengkalan Chepa.
Dibina sebelum Perang Dunia ke-2 oleh British untuk tujuan ketenteraan dan juga untuk kegunaan orang kenamaan pada waktu itu.
II) Landasan Terbang Udara Gong Kedak, Pasir Puteh.
Landasan Kapal Terbang Gong Kedak telah wujud sebelum Perang Dunia Ke Dua lagi. Pada awal tahun 60an, landasan ini masih lagi digunakan oleh pihak Tentera Udara British untuk sesi latihan.
III) Landasan Terbang Lalang Luas, Machang.
Semasa Perang Dunia Kedua dahulu, landasan ini digunakan oleh pihak tentera. Kewujudannya penting dalam sistem pertahanan negeri Kelantan ketika itu. Di sekitarnya terdapat beberapa kesan sejarah, umpamanya kubu kebal, lopak-lopak kesan serangan bom dari udara, kesan kubu-kubu tanah dan lain-lain lagi. Keadaan di sini pun tidak diurus seperti yang sepatutnya.
IV) Landasan Terbang Sasar Mengkebang, Kuala Krai.Landasan Terbang Sasar Mengkebang di Kuala Krai telah dibina khas oleh pihak syarikat bertujuan menguruskan ladang di Mengkebang, Kuala Krai.
Lapangan Terbang Kota Bharu di Pengkalan Chepa, Landasan Terbang Udara Gong Kedak di pasir Puteh dan Landasan Terbang Lalang Luas di Machang telah dibina oleh British untuk tujuan ketenteraan. Landasan Terbang Sasar Menkebang pula dibina untuk menguruskan ladang-ladang di Kuala Krai.
Negeri Kelantan Darul Naim
Pada tahun 1910 negeri Kelantan telah diserahkan oleh Siam kepada Inggeris dibawah Perjanjian Inggeris-Siam tahun 1909. Bandar Kota Bharu terus berkembang secara beransur ansur.
Kelantan mewarisi Sejarah Kebudayaan Melayu yang unik yang mencerminkan sifat,watak dan keperibadian Melayu. Kehidupan seluruh rakyat Kelantan tergambar melalui Bandar Kota Bharu yang menjadi pusat pentadbiran dan kebudayaan seperti seni persembahan, senibina, senikraf, seni pertukangan dan lain-lain sehingga Kota Bharu diisytiharkan sebagai Kota Budaya. Walaupun usaha-usaha memodenkan bandar Kota Bharu pesat dijalankan oleh Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB), namun cirri-ciri ketimuran dan nilai nilai Islam tetap terpelihara.
Kelantan merupakan negeri yang berjiran dengan wilayah-wilayah selatan Thailand yang dikenali dahulu sebagai Negeri Patani Darul Salam. Dari segi sejarahnya, Kelantan mempunyai hubungan sejarah yang sangat akrab dengan Kesultanan Melayu Patani yang didokongi oleh Kesultanan Melayu Islam. Di mana Kesultanan Melayu Kelantan mempunyai pertalian darah dengan Kesultanan Melayu Patani dan juga Kesultanan Melayu Negeri Champa.
Setelah Kesultanan Melayu Patani dikhianati oleh Siam dan British maka ia telah demonisasi oleh Thailand. Negeri Patani telah dipecahkan kepada wilayah-wilayah kecil yang terdiri dari Yala(Jala), Narathiwat(Menara), Patani dan Songkla(Senggora).
Foto menunjukkan persamaan rekabentuk Pintu Istana Balai Besar dan Pintu
Besar Kota Raja Labu mengambarkan hubungan persaudaraan yang erat antara
Kelantan dan Patani suatu masa dulu:
Di bawah perjanjian British-siam pada tahun 1948 demografi pemerintahan selatan Siam telah dipisahkan. Kelantan di bawah Malaysia manakala negeri-negeri Patani di bawah Thailand.
Sumber01: http://sejarah-kelantan.com
Sumber02: Muzium-Muzium di Kelantan oleh Hj. Salleh Hj. Mohd. Akib, Abustari Yaacob, Wan Jaafar Jusoh dan Sabki Ibrahim)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.