Daripada
Anas RA katanya, telah bersabda Rasulullah SAW, “Jika Allah menghendaki
kebaikan bagi seseorang hambanya, disegerakan bagi hamba itu balasan sewaktu di
dunia. Sebaliknya jika Allah menghendaki dengan hambanya keburukan ditangguh
pembalasan itu supaya disempurnakannya di hari kiamat. Nabi SAW bersabda,
“Sesungguhnya besarnya pahala itu bergantung pada besarnya ujian, sesungguhnya
Allah itu apabila dia mengasihi sesuatu kaum dia menguji mereka dengan
kesusahan. Sesiapa yang redha dengan kesusahan itu akan mendapat keredhaan
Allah dan siapa yang tidak redha maka dia akan menerima kemurkaan Allah.”
Di antara
ujian yg diberikan kepada hamba-NYA adalah ujian berbentuk kerenah manusia. Ia
adalah lumrah kehidupan. Ada ibu yg diuji dengan perangai anaknya. Ada suami yg
diuji dgn karenah isteri. Manakala ada anak diuji dgn hubungan di antara ibu
dan bapa.
Dalam
hubungan masyarakat juga begitu. Ada teman yg menangis gara-gara tindak-tanduk
sahabat yg menyakitkan hati. Ada guru yg stres kerana kenakalan anak murid. Ada
yang menganggu dan menyakiti hati jiran dengan pelbagai karenah. Ada pula yang
gelisah kerana perbuatan orang lain. Itu semua adalah ujian yang diturunkan
untuk mencari siapakah di antara kita yang paling baik amalannya.
Firman Allah
SWT:
Yang bermaksud:
Dan jika
kamu membalas kejahatan (pihak lawan), maka hendaklah kamu membalas dengan
kejahatan yang sama seperti yang telah ditimpakan kepada kamu, dan jika kamu
bersabar (maka) sesungguhnya yang demikian itu adalah lebih baik bagi orang
yang sabar.
Allah telah
meletakkan asas dan landasannya maka terserahlah kepada manusia sendiri untuk
memilih jalannya. Jika kita ingin menjadi hamba yang dikasihi Allah hendaklah
sentiasa bersabar menerima ujian yang diturunkan Allah kepada kita. Hadapilah
ujian dan dugaan dari Allah SWT dengan
keimanan,ketakwaan dan kesabaran. Moga-moga kita sentiasa berada dibawah payung
rahmat,redha dan kasih sayangNYA.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.