Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal
Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-88 yang bersidang pada 2 Oktober 2009 telah
membincangkan Hukum Pemakaian Inai Bercorak Mengikut Syarak.
Muzakarah telah memutuskan bahawa:
Muzakarah telah memutuskan bahawa:
Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki adalah
diharuskan bagi wanita sama ada yang telah berkahwin atau belum selagi mana
tidak menimbulkan fitnah.
Walau bagaimanapun, kadar pemakaian inai di kedua-dua
tangan dan kaki adalah terhad sehingga pergelangan tangan dan buku lali sahaja,
manakala warna yang digunakan tidak bersifat kekal seperti tatu dan mengandungi
sebarang unsur yang meragukan. Mengenai corak atau ukiran yang digunakan pula,
corak atau ukiran daun dan tumbuh-tumbuhan adalah dibenarkan, manakala
corak-corak haiwan, lambang dewa-dewa atau ajaran atau apa jua gambaran yang
bertentangan dengan syarak adalah dilarang.
Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki bagi lelaki
adalah tidak diharuskan kecuali pada sebilangan jari bagi pengantin semasa
majlis perkahwinan dan juga untuk tujuan perubatan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.