Seorang gadis datang menemui Rasulullah dengan tangan
kanannya disorokkan ke dalam poket bajunya. Dari raut wajahnya, anak gadis ini
sedang menanggung kesakitan yang amat sangat. Lalu Rasulullah
menegurnya. "Wahai anakku, kenapa wajahmu
menampakkan kamu sedang kesakitan dan apa yang kamu sorokkan di tanganmu?"
Lalu gadis malang ini pun menceritakan hal yang berlaku
padanya:
"Ya Rasulullah, sesungguhnya aku adalah anak yatim
piatu. Malam tadi aku telah bermimpi dan mimpiku itu telah membuatkan aku
menanggung kesakitan ini." Balas gadis tadi.
"Jika tidak jadi keberatan, ceritakanlah mimpimu
itu wahai anakku."
Rasulullah mula tertarik dengan penjelasan gadis
tersebut."Aku bermimpi berjumpa ibuku di dalam neraka. Keadaannya amat
menyedihkan. Ibuku meminta diberikan air kerana dia amat dahaga kerana
kepanasan
api neraka itu hingga peluh tidak sempat keluar kerana
kekeringan sekelip mata."
Gadis itu berhenti seketika menahan sebak.
"Kemudian ku lihat di tangan kirinya ada seketul
keju dan di tangan kanannya ada sehelai tuala kecil. Beliau mengibas-ngibaskan
kedua-dua benda tersebut untuk menghalang api dari membakar tubuhnya.
Lantas aku bertanya ibuku, kenapa dia menerima balasan
sebegitu rupa sedangkan
ketika hidupnya ibuku adalah seorang hamba yang patuh
dengan ajaran islam dan isteri yang taat kepada suaminya?
Lalu ibuku memberitahu bahawa ketika hidupnya dia amat
bakhil. Hanya dua benda itu sahaja iaitu seketul keju dan sehelai tuala kecil
pernah disedekahkan kepada fakir. Yang lainnya hanya untuk bermuka-muka dan
menunjukkan kelebihan hartanya sahaja.
Lalu aku terus mencari ayahku. Rupanya beliau berada di
syurga dan sedang menjamu penghuni syurga dengan makanan yang lazat dan minuman
dari telaga nabi.
Ayahku memang amat terkenal kerana sikapnya yang
dermawan dan kuat beramal. Lalu aku bertanya kepada ayahku. "Wahai ayah,
ibu sedang kehausan dan menanggung azab di neraka. Tidakkah ayah ingin membantu
ibu sedangkan di dunia ku lihat ibu amat mentaatimu dan menurut perintah
agama"
Lalu dijawab oleh ayahnya. "Sesungguhnya beliau
dan semua penghuni syurga telah dilarang oleh Allah dari memberi walau setitik
air kepada isterinya kerana itu adalah pembalasan untuk kebakhilan yang
dilakukan ketika di dunia"
Oleh kerana kasihan melihat azab yang diterima oleh
ibuku, aku lantas menceduk sedikit air mengguna tapak tangan kananku lalu
dibawa ke neraka.
Belum sempat air tersebut mencecah bibir ibuku, api
neraka telah menyambar tanganku sehingga melecur. Seketika itu juga aku
tersedar dan mendapati tapak tanganku melecur teruk.
"Itulah sebabnya aku datang berjumpa engkau ya
Rasulullah."
Panjang lebar gadis itu bercerita sambil airmatanya
tidak henti-henti mengalir di pipi.
Rasulullah kemudian meletakkan tongkatnya ke tapak
tangan gadis tersebut lalu menadah tangan, berdoa memohon petunjuk dari Allah.
Jika sekiranya mimpi gadis tersebut adalah benar maka. disembuhkanlah agar
menjadi iktibar kepada beliau dan semua umat Islam.
Lalu berkat kebesaranNya tangan gadis tersebut sembuh.
Rasulullah lantas berkata, "Wahai anakku,
pulanglah. Banyakkan bersedekah dan berzikir dan pahalanya kau berikan kepada
ibumu. Mudah-mudahan segala dosanya terampun. INSYALLAH"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.