Solat sunat Dhuha merupakan amalan sunat yang di galakkan
kita mengamalkannya. Rasulullah SAW tidak pernah meninggalkan solat ini
tanpa keuzuran. Abu Hurairah pernah
berkata: “Rasulullah SAW berwasiat kepadaku tiga perkara agar jangan
ditinggalkan puasa tiga hari tiap bulan, dua raka’at Dhuha dan Witir sebelum
tidur.”
Dalam satu lagi riwayat Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya :
“Barangsiapa yang menjaga
sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah
baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih di lautan.”
(Riwayat Ibnu Majah dan
At-Tirmidzi)
Solat sunat Dhuha dilakukan pada waktu matahari sedang
naik. Adalah lebih mudah dengan merujuk kepada
takwim waktu solat. Masanya adalah 30 minit selepas Syuruk, iaitu sekiranya
waktu Syuruk 7.30 pagi dan ditambah 30 minit, maka masuknya waktu Dhuha bermula
jam 8.00 pagi sehingga gelincir matahari iaitu setengah jam sebelum waktu zuhur.
.
Solat sunat Dhuha ini dilakukan sebanyak 2 rakaat.
boleh juga dilakukan sebanyak 4, 6, 8 sehingga 12 rakaat dan setiap dua rakaat
satu salam dan boleh juga setiap 4 rakaat satu salam.
Cara melakukan solat Dhuha:
” sahaja aku
solat sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Taala”.
d) Setelah selesai salam, lalu membaca doa seperti berikut:
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.