Fenomena Facebook
semakin berleluasa di zaman kini sehinggakan anak yang baru bersekolah rendah
sudah mempunyai akaun malah datuk dan nenek yang sudah ada berpuluh orang cucu
pun tidak mahu ketinggalan.
Kepada mereka yang
menjadikan facebook sebagai tempat mencari kawan-kawan lama, menjadikan
facebook sebagai perantaraan dengan ustaz dan usyazah mengenai kemaslahatan agama,
menjadikan facebook sebagai media berurusan dengan staf yang pelbagai lokasi mengenai
urusan pekerjaan dan seumpamanya. Hukumnya adalah harus kerana aktiviti ini
tidak bercanggah dengan Amal makruf dalam Islam.
Jika facebook dijadikan
sebagai tempat untuk mencari kesilapan orang, mengutuk orang, menghina orang,
menyebarkan perkara yang dilarang oleh Islam, menyebarkan fitnah, lara sehingga
lupa solat dan sebagainya, maka ini menjadi haram, kerana Islam melarang
umatnya melakukan perkara yang sia-sia dan perkara sia-sia itu adalah sifat
syaitan dan mazmumah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.