disable

doa dan imej

doa dan imej
                                                                                                                                                                      

Selasa, 1 Oktober 2013

Surah Al-Fatihah

Al-Fatihah merupakan salah satu daripada rukun solat. Jika tak baca sewaktu solat, tak sah solat kita. Surah Al-Fatihah mengandungi tujuh ayat. Setiap orang Islam wajib membaca surah ini sekurang-kurangnya tujuh belas kali dalam 5 kali solat fardhu sehari semalam. Kewajipan ini berdasarkan hadis yang bermaksud: 

"Tiada solat kepada mereka yang tidak membaca Surah al-Fatihah" 

-Riwayat Bukhari. 

Hadis itu jelas sebagai dalil mewajibkan seseorang muslim itu wajib membaca al-Fatihah dalam setiap rakaat solat yang didirikan. Surah al-Fatihah dipilih untuk diulang-ulang bacaannya dalam setiap rakaat. Surah al- Fatihah juga di kenali dengan pelbagai nama berbanding dengan surah lain di dalam al-Quran seperti Ummul Kitab, Ummul Quran, Sab'u Mathani, Surah Solat, Surah Al-Hamdu dan lain-lain lagi. Perkara ini juga melambangkan betapa besar fadilat dan khasiat yang tersirat yang ada padanya. 

Seharusnya bacaan al-Fatihah ini ini diberi penekanan dan perhatian dengan bersungguh-sungguh kerana setiap baris ayat yang diucapkan itu merupakan doa dan akan Allah SWT menjawab setiap doa tersebut satu persatu. Al Fatihah ialah kata-kata Munajat, dengan ayat Al Fatihah kita berkata-kata secara langsung dengan Allah SWT. 
Sebelum kita membaca surah al-Fatihah, kita perlu memulai dengan kalimah: 


Kalimah ini bertujuan memohon perlindungan diri dengan Allah SWT dari segala gangguan dan bencana yang datang dari Iblis dan syaitan yang terkutuk, kerana dialah yang sentiasa berusaha untuk memalingkan hati kita dari menghadapi Allah.

Kemudian kita diperlukan pula membaca:


Kuatkan iktikad dengan menyebut nama Allah sebelum melaksanakan sesuatu pekerjaan, sambil mengingati bahawa Allah sahajalah yang menguasai segala-segalanya dengan sifat Maha Pengasih dan Maha Penyayang.

Oleh kerana Al Fatihah adalah Ibu Segala Ayat di dalam Quran, hati dan jiwa kita hendaklah dipusatkan kepadanya ketika lidah kita membacanya. Ketika membaca Al Fatihah, sebaik-sebaiknya hati hendaklah mendahului lidah, atau sekurang-kurangnya hendaklah lidah menjadi guru bagi hati, iaitu hati hendaklah mengingat makna sesudah lidah membacanya.

1. Ketika kita membaca:


Kita ingat di dalam hati bahawa segala kepujian adalah hak-kepunyaan Allah kerana Allah menjadikan seluruh alam dan mengatur serta menguasainya. Maka tidaklah ada sesiapa selain dari Allah yang berhak menerima kepujian itu.

Kemudian kita berhenti sejenak. Allah menjawab: “ 
Hamba-Ku memuji-Ku.”

2. Bila kita membaca: 


Kita tekankan dalam hati bahawa fungsi Allah sebagai Penguasa dan Pengatur alam berlaku kerana sifat Pengasih dan PenyayangNya. Maka segala yang kita terima dari kurniaanNya adalah dengan RahmatNya semata-mata. Jika tidak kerana Rahmat-Nya, alam ini tidak mungkin terjadi dan tidak pula tersusun seperti yang kita lihat.


Allah menjawab:  "Hamba-Ku menyanjung-Ku".

3. Ketika kita membaca:


Hendaklah kita ingat bahawa Allah s.w.t adalah Penguasa dan Hakim yang Maha Agung di Akhirat. Hanya Dia yang membuat perhitungan dan memberi ganjaran kepada segala amalan kita di dunia. Maka tidaklah ada kuasa lain yang boleh diharap-harapkan selain dari Allah.

Allah menjawab: "Hamba-Ku memuliakan-Ku".


4. Apabila kita mebaca:



Ingatan kita hendaklah tertumpu kepada Allah yang Maha Agung dengan ikrar bahawa tidak ada sesuatu pun yang disembah melainkan ‘Engkau’. Maka secara langsung kita berikrar: KepadaMu aku beribadat dan kepadaMu jua aku memohon pertolongan! Dengan ikrar ini juga kita harap akan diperteguh i’tiqad di dada kita bahawa walaupun bantuan dari makhluk diperlukan juga dalam kehidupan kita sehari-hari, tetapi Allah adalah Penggerak dan Penolong Yang Sebenar di sebalik usaha dan ikhtiar makhlukNya.

Allah menjawab: "Ini bahagian-Ku dan bahagian hamba-Ku akan dapat apa yang dimintanya"


5. Ketika kita membaca:



Ucapan ini adalah doa dan permintaan kita supaya Allah memberi petunjuk kepada kita ke jalan yang benar dalam segala hal, baik yang mengenai amalan atau ilmu yang kita perlukan sebagai hambaNya yang taat.
Doa ini penting kerana kita tidak mungkin menemui jalan yang lurus dan benar itu jika Allah tidak memberi petunjukNya kepada kita.

Allah menjawab:

6. Ketika kita membaca:


Seharusnya kita sematkan dalam ingatan bahawa ‘ Jalan Lurus’ yang kita pohonkan dari Allah sebenarnya adalah jalan yang pernah dinikmati oleh hamba-hamba Allah yang lain oleh pemberianNya jua. Dengan kesedaran ini semoga kita mencontohi amalan orang-orang yang telah diberi nikmat oleh Allah di dunia ini, semoga kita akan menyertai mereka di akhirat nanti. 

Kita juga perlu memohon pada Allah supaya dijauhkan kita dari perbuatan atau sifat manusia yang dibenci dan dimurkai oleh Allah kerana kecenderungan mereka melakukan kebatilan dan kemungkaran, sedangkan kebatilan membawa kepada kesesatan. 


Pada akhir ayat ini kita berhenti sejenak, jawapan dari Allah: “Aku beri kepada hambaKu, dan bagi hambaKu ini apa yang ia minta”.


Semoga kita sama-sama dapat membentuk diri dan memperbaiki kekhusyukan kita dalam solat. Ingatlah dalam solat kita bukan hanya bersendiri tetapi kita menghadap Allah, berinteraksi dengan Allah dengan bacaan-bacaan doa dan pujian kepada-Nya. Jadi, sama-samalah juga kita hayati adab-adab dalam solat. Adab-adab bertemu dengan raja pun kita jaga, inikan pula menghadap Raja segala raja.


Wallahuaalam.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.