Daripada al-Bara’ bin ‘Azib RA katanya, “Ada seorang
lelaki membaca surah al-Kahfi dan disisinya seekor kuda yang diikat dengan dua
utas tali, kemudian dia nampak awan menaunginya, dan awan itu juga menaungi
kudanya, tetapi kudanya lari daripada lindungan awan itu. Keesokannya lelaki
itu pergi berjumpa dengan Nabi SAW lalu menceritakan apa yang telah berlaku
kepadanya”, Baginda pun bersabda, “Perkara yang berlaku kepada engkau itu
adalah al-Sakinah (ketenangan dan rahmat yang disertai dengan para malaikat)
yang turun untuk mendengar bacaan ayat-ayat al-Qur’an”.
(Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Huraian Hadith:
- Para malaikat akan turun daripada langit untuk mendengar ayat-ayat al-Qur’an yang dibaca oleh setiap orang Islam yang bertaqwa.
- Kelebihan membaca surah al-Kahfi yang terdapat keramat atau perkara luar biasa boleh berlaku kepada hamba-hamba yang soleh sebagai penghormatan bagi mereka.
Sumber: Koleksi Hadith
Pautan lain: 018 Surah Al-Kahfi (Bacaan Syeikh SaadAl-Ghamidi)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.