Daripada Aishah RA katanya, “Rasulullah SAW menghadapi
hidangan bersama enam orang sahabat Baginda, tiba-tiba datang seorang arab
(badwi) lalu makan makanan tersebut dengan dua kali suapan sahaja. Lalu Baginda
bersabda, “Sekiranya orang itu membaca Bismillah sebelum ia makan nescaya
makanan itu mencukupi untuk semua (ada keberkatannya pada makanan tersebut).”
(Hadith Riwayat at-Tirmizi, katanya hadith hasan sahih)
Huraian Hadith:
- Islam menggalakkan umatnya makan bersama.
- Setiap makanan yang dimakan bersama akan diberkati, tambahan pula apabila membaca Bismillah.
Sumber: Koleksi Hadith
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.