disable

doa dan imej

doa dan imej
                                                                                                                                                                      

Sabtu, 12 Mei 2018

Koleksi Hadith - Apa Erti Kekayaan?


Daripada Abu Hurairah RA, daripada Nabi SAW bersabda: “Bukanlah kekayaan itu kerana banyaknya harta, akan tetapi kekayaan itu adalah kaya hati (jiwa)." 

(Hadith riwayat al-Bukhari, No.hadith : 6446, Muslim, No.hadith : 1051, at-Tirmizi, No.hadith : 2373, Ibnu Majah, No.hadith : 4137 Ahmad, No.hadith : 7015, 7240)


Matan hadith:

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : لَيْسَ الْغِنَى عَنْ كَثْرَةِ الْعَرَضِ وَلَكِنَّ الْغِنَى غِنَى النَّفْسِ.


Pengajaran Hadith:
  1. Hakikat kekayaan bukanlah dengan banyaknya harta. Kebanyakan manusia yang dilapangkan hartanya tidak puas dengan harta yang telah dimilikinya, sentiasa berusaha untuk menambah hartanya.
  2. Kekayaan sebenarnya adalah kekayaan jiwa, iaitu orang yang merasa cukup dengan pemberian kepadanya (qona’ah), redha dan tidak tamak dalam mencari harta.
  3. Jadikanlah diri kita seorang yang kaya hati iaitu dengan akhlak terpuji dalam setiap perlakuan sama ada yang berhubung dengan Allah SWT, sesama manusia dan makhluk yang lain.



Sumber: Koleksi Hadith 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.