BILA BERNIAGA, JANGAN KUTIP HUTANG DAN JANGAN KENA
MATAHARI.
Hassan Al Basri merupakan seorang ulama dan ahli
perniagaan. Beliau memiliki dua anak lelaki. Sebelum beliau meninggal dunia,
beliau telah memanggil kedua anak lelakinya, lalu berpesan,
"Bila ayah telah tiada lagi di dunia ini, kamu
berdua hendaklah meneruskan perniagaan ayah. Cuma ada 2 perkara ayah ingin kamu
lakukan.
1. Bila kamu berniaga, jangan kutip hutang.
2. Bila kamu berniaga, jangan kena matahari."
Kemudian Hassan Al Basri mengakhiri hayatnya dan
meninggal dunia.
Masa telah berlalu dan selang beberapa tahun,
perniagaan si adik semakin merosot dan terus merosot. Manakala perniagaan si
abang semakin maju dan maju.
Satu hari si Ibu (balu Hassan Al Basri) memanggil
anaknya si adik. Lalu bertanya,
Si ibu : "Wahai adik, kenapa perniagaanmu semakin
hari semakin merosot?"
Jawab si adik: "Saya ikut pesanan ayah."
Si ibu : "Apakah pesanan ayahmu?"
Jawab si adik : "Ayah berpesan, KALAU BERNIAGA
JANGAN KUTIP HUTANG. Jadi, semua yang berhutang dengan saya, saya tak pernah
minta bayaran. Kalau mereka nak bayar, mereka bayar. Kalau mereka tak bayar,
saya tak kan kutip bayaran."
Pesan ayah lagi, "KALAU BERNIAGA JANGAN KENA
MATAHARI."
"Kemana sahaja saya berniaga, mesti bawa payung.
Jadi semua perniagaan itu tidak kena matahari sebagaimana pesan ayah."
Kemudian, si ibu pergi berjumpa dengan si abang pula,
lalu bertanya.
Si ibu : "Wahai abang, ibu lihat perniagaanmu
semakin hari semakin maju, apa yang kamu lakukan ?"
Jawab si abang : "Saya ikut pesan ayah."
Si ibu : "Apa pesanan ayahmu?"
Jawab si abang: "Ayah pesan, KALAU BERNIAGA JANGAN
KUTIP HUTANG. Jadi , semua saya JUAL TUNAI. Maka, tidak ada orang berhutang
dengan saya.k Saya ikut pesan ayah, saya tak perlu kutip hutang. Semua bayar
tunai."sah
"Kedua , ayah berpesan. "KALAU BERNIAGA
JANGAN KENA MATAHARI." Jadi saya keluar ke kedai waktu subuh. Lepas solat
subuh, saya tidak tidur, terus ke kedai. Malam baru saya pulang ke rumah. Jadi,
saya tak kena matahari."
—Moral of the story
Perbezaan MENTAFSIR sesuatu perkara akan menjadikan
titik arah hidup yang berbeza.
Kalau kita kata ibadah itu hanyalah di tikar sembahyang
semata-mata, nanti kita akan meninggalkan kewajipan mencari nafkah terhadap
keluarga, kewajipan terhadap negara dan ummah keseluruhannya.
Jadi, belajarlah dari ramai guru, banyak membaca untuk
tambahkan ilmu, minta اللّٰه سُبْحَانَهُ وَ تَعَالَى beri petunjuk, mohon اللّٰه سُبْحَانَهُ
وَ تَعَالَى
bimbing kehidupan kita, semoga اللّٰه memberikan taufik dan hidayah.
Mudah-mudahan, dengan kefahaman yang betul, kita di
muliakan oleh اللّٰه di dunia dan di akhirat. Nabi صلى الله عليه وسلم pernah bersabda;
“Siapa yang اللّٰه سُبْحَانَهُ
وَ تَعَالَى
mahukan kebaikan bagi dirinya, akan difahamkan padanya agama dengan
sebenar-benar kefahaman”.
Silakan share jika rasa ia menarik untuk dibaca dqn
rasa bermanfaat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.