Kadang kita terlupa yang hidup ini akan berakhir, tanpa disedari kita jadi hamba dunia dan tertipu dengan pelbagai perkara yang sia-sia...
Kehidupan di dunia ini bukan kehidupan yang sebenar dan
hakiki melainkan ia hanyalah tempat persinggahan untuk mencari bekal.
Namun kadang-kadang kita buat lupa.....Kita sibuk mencari redha manusia dan lupa mendapatkan
redha ALLAH..
Kita riak, kita takabbur, kita bongkak dengan apa yang
kita ada, menghina, mencaci sudah menjadi perkara biasa, memfitnah kesana kesini tiada henti. Semuanya bagai sudah sebati... merasa diri hebat dan tiada yang dapat menandingi..
Malah kita terus mengisi kehidupan ini dengan pelbagai perkara yang sia-sia...boros dalam bebelanja...ego bila berkata-kata..
Malah kita terus mengisi kehidupan ini dengan pelbagai perkara yang sia-sia...boros dalam bebelanja...ego bila berkata-kata..
bagaikan kita akan hidup seribu tahun lagi…..sedangkan Malaikat Maut hanya tunggu masa dan ketika dapat arahan untuk mencabut nyawa...
Kita tidak sedikit pun cuba memperbaiki diri, bertaubat
meminta keampunan ALLAH.. dan tidak juga berusaha memohon maaf kepada
manusia atas kesalahan dan kesilapan kita..
Dosa sesama manusia perlulah diselesaikan di dunia...jangankan nanti di Padang mahsyar terpaksa merangkak untuk berjumpa dan meminta maaf atas kesalahan kita...
Oleh itu sedari dan insafilah diri sendiri.....kita akan mati..... selepas mati tiada masa lagi
untuk kita kembali lagi.
Sampai masanya nanti kita akan berhimpun di Padang Mahsyar….pada hari Yaumul Hisab atau Hari Perhitungan Amal.
Semua manusia dihisab berdasarkan amalan di atas muka
bumi..... di bawah pancaran terik matahari di atas
kepala yang jaraknya hanya beberapa hasta.
Sehingga manusia benar-benar mengalami kesukaran dan
keresahan yang tak pernah dirasai....di hadapan Pengadilan Rabbul Jalil.... samaada ke Syurga atau ke Neraka..
Maka beruntunglah mereka yang beriman dan banyak berzikir serta berselawat keatas junjungan, pastinya akan mendapat syafaat Rasulullah SAW...... اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى نَبِيِّنَا مُحَمَّدٍ
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.