disable

doa dan imej

doa dan imej
                                                                                                                                                                      

Ahad, 8 September 2019

Ceramah Erti Kemerdekaan.


Pada sebelah pagi tadi program cuci kubur berjalan lancar dan pada sebelah malamnya pula kita disajikan santapan rohani oleh Al Fadhil Ustaz Abdul Malek Bin Abdul Karim, penceramah bebas yang tidak asing lagi bagi qariah Masjid Mukim Padang Enggang. Tajuk ceramah pada malam tadi ialah Erti Kemerdekaan Dalam Perspektif Islam. 

Umat Islam di negara ini wajib bersyukur atas nikmat kemerdekaan tidak ternilai itu. Dengan naungan rahmat dan hidayah Ilahi, setiap lapisan masyarakat dapat menyambut Hari Kemerdekaan ke-62 pada 31hb Ogos yang lepas. Laungan kemerdekaan berkumandang seluruh negara dan bendera Jalur Gemilang dikibarkan mencerminkan negara kita Malaysia terus gemilang. 

Malaysia pada hari ini didiami oleh pelbagai bangsa, kaum dan etnik dari Perlis hinggalah ke Sabah. Masyarakat majmuk memang sudah sinonim dengan Malaysia sebagai sebuah negara pelbagai kaum dan juga identiti, malah dapat membangun sebagai masyarakat harmoni dan sejahtera. Kehidupan dalam masyarakat majmuk ialah realiti yang sepatutnya direnungi oleh kita semua. Sebagaimana Firman Allah SWT:




 “Wahai umat manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu daripada lelaki dan perempuan serta Kami menjadikan kamu pelbagai bangsa dan suku supaya kamu berkenal-kenalan. (dan beramah mesra antara satu sama lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mendalam Pengetahuan-Nya (akan keadaan dan amalan kamu).” 
(Al-Hujurat: 13)

Amat malang bagi kita umat Islam yang bersemangat melaungkankan kemerdekaan negara sedangkan pelbagai aspek kehidupan seharian masih beroriantasi penjajah Barat, malah kehidupan jauh terpesong daripada aturan hakiki sebagaimana yang ditetapkan oleh Allah SWT. 

Justeru itu, umat Islam wajib menyedari hakikat dan berusaha menyelamatkan diri daripada kemelut ini. Satu-satunya jalan keluar ialah kembali kepada pimpinan al-Quran dan sunnah kehidupan Rasulullah yang menjadi tonggak utama kepada kemerdekaan sebenar serta kebangkitan semula umat Islam.

Terima kasih buat  Imam Tua Masjid Mukim Padang Enggang dan barisan Jawatan kuasa kerja, juga kepada En Ibrahim bin Mat Taib selaku Pengerusi MPKK (Majlis Pengerusi Komuniti Kampung) yang terlibat secara langsung dalam menjayakan pelbagai aktiviti dan program kemasyarakatan di kampung ini.




















Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.