Gerhana cincin berlaku apabila bulan melintasi matahari tetapi berada terlalu jauh dari Bumi untuk 'menenggelamkan' keseluruhan bayang matahari. Kedudukan tersebut menyebabkan matahari kelihatan seperti cincin. Seluruh penduduk Malaysia dan Asia Tenggara berpeluang melihat Bulan menutupi sebahagian daripada Matahari.
Umat Islam disaran melaksanakan solat sunat gerhana bagi
memenuhi tuntutan sunat muakkad sempena Gerhana Matahari Separa yang dijangka
berlaku Khamis ini. Sehubungan dengan itu, selepas solat subuh tadi, Tuan Imam, Ust Hj Abdul Halim mengajak semua ahli Jemaah
untuk sama-sama melaksanakan selepas solat zuhur secara berjemaah di Masjid Mukim Padang Enggang pada hari tersebut.
Fenomena gerhana matahari separa itu dijangka berlaku mulai
11.21 pagi sehingga 3.11 petang, dengan waktu kemuncaknya pada 1.15 tengah
hari, dimana 85 peratus matahari ditutupi oleh bulan.
AWAS.... JANGAN SEKALI-KALI MEMANDANG
TEPAT KE ARAH MATAHARI!
TEPAT KE ARAH MATAHARI!
Cahaya Matahari amat terang dan berbahaya. Beleh menyebabkan
kerosakan kekal pada mata, jika memandang terus ke arah Matahari.
Oleh itu, cara SELAMAT yang disyorkan
sekurang-kurangnya menggunakan kaedah Kamera Lubang Pin.
Foto Gerhana Matahari Cincin
pada 2013 di Australia.
|
Tatacara Solat Sunat Gerhana:
Penerangan mengikut turutan berpandukan foto diatas:
No1
No1
Niat
Bertakbiratul Ihram
Berta’awwuz
Membaca Surah Al-Fatihah
Membaca surah yang panjang seperti Surah Al-Baqarah.
Jika tidak, bacalah surah yang paling panjang dihafal.
Jika tidak, bacalah surah yang paling panjang dihafal.
No 2
Melakukan ruku’ yang panjang.
No 3
Setelah bangun dari ruku’ baca Al-Fatihah dan kemudian
surah yang lebih pendek dari surah yang sebelumnya.
No 4
Ruku’ buat kali kedua dan ruku’ ini juga panjang namun
pendek sedikit dari ruku’ yang sebelumnya.
No 5
Melakukan sujud yang panjang.
No 6
Duduk antara dua sujud.
No 7
Sujud dengan sujud yang panjang.
No 8
Melakukan rakaat kedua seperti mana rakaat pertama, bermula dengan membaca surah Al-Fatihah dan
diakhiri dengan salam.
Disunatkan membaca khutbah selepas solat sunat, walaupun telah selesai gerhana. Khutbahnya adalah seperti khutbah hari raya tetapi tidak disunatkan bertakbir.
Isi khutbah hendaklah menyuruh para jemaah bertaubat, bersedekah, memerdekakan hamba, berpuasa, mengingati manusia supaya tidak lalai, jangan leka dengan dunia dan sebagainya. Jika solat itu hanya terdiri dari wanita sahaja, maka tidak perlu khutbah.
Link Berkaitan: TEKS KHUTBAH KHAS GERHANA MATAHARI: 26 DISEMBER 2019
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.