عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
مَنْ سُئِلَ عَنْ عِلْمٍ فَكَتَمَهُ أَلْجَمَهُ اللَّهُ بِلِجَامٍ
مِنْ نَارٍ يَوْمَ الْقِيَامَةِ
Daripada Abu Hurairah RA ia berkata, "Rasulullah
SAW bersabda: "Barang siapa ditanya
mengenai suatu ilmu dan ia menyembunyikannya, maka ia akan dipukul dengan
pukulan dari api neraka pada hari kiamat." (Abu Daud No: 3173) Status:
Hadis Hasan
Pengajaran:
1. Ilmu bermanfaat
yang ada pada seorang mukmin sama ada ilmu agama atau ilmu keduniaan, perlu
disebarkan atau disampaikan untuk manfaat orang lain.
2. Ilmu bermanfaat
yang diajar kepada orang lain akan menjadi bekalan pahala berterusan selepas
seseorang itu meninggal dunia
3. Mereka yang
enggan menyampaikan ilmu yang benar serta menyembunyikannya dengan tidak
menyampaikan kepada orang lain akan dihukum di akhirat nanti.
4. Bagi mereka yang berilmu, jauhilah dari sifat kedekut
untuk berkongsi dan menyebarkan ilmu bermanfaat lebih-lebih lagi yang
diperlukan oleh orang lain.
Marilah kita bersifat RAHMAH dengan menyampaikan ilmu agama
dan ilmu yang bermanfaat untuk kehidupan dunia.
Semoga ilmu yang disampai, akan menjadikan orang lain lebih
baik dan menjadi saham pahala berterusan buat kita.
Negara Rahmah Ummah Sejahtera
Wallahu'alam
09hb Januari 2020
13hb Jamadil Awal 1441H
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.