disable

doa dan imej

doa dan imej
                                                                                                                                                                      

Isnin, 24 Februari 2020

Hadapi Situasi Yang Melanda Negara Sekarang Dengan Sabar.

                      بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Maksudnya:
Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.


Pemimpin yang diredai Allah adalah kalangan mereka yang sentiasa tunduk dan akur terhadap perintah Allah SWT dalam setiap tindak-tanduk ketika memegang tampuk kepemimpinan. Mereka harus sedar tanggungjawab adalah amanah yang akan dipersoalkan di hadapan Allah pada hari akhirat kelak.

Allah SWT memberi tanggungjawab yang berat kepada pemimpin sebagai satu amanah bagi membawa golongan yang dipimpin mencapai kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap pemimpin akan ditanya tentang rakyat yang berada di bawah kawalannya. Orang lelaki adalah pemimpin dalam ahli keluarganya dan bertanggungjawab terhadap rakyat di bawah jagaannya. Wanita adalah pemimpin dalam rumah suaminya dan bertanggungjawab terhadap orang yang berada di bawah jagaannya. Khadam bertanggungjawab terhadap harta tuannya dan akan dipertanggungjawabkan terhadap orang yang berada di bawah jagaannya.” 
(Hadis riwayat Imam Bukhari)



Link Berkaitan: SILAP PILIH PEMIMPIN - NERAKA.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.