disable

doa dan imej

doa dan imej
                                                                                                                                                                      

Sabtu, 21 Mac 2020

Amalkan Doa Ini Sebanyak Mungkin - Surah Ad-Dukhan Ayat 12.

Pada saat kita berada dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan, marilah kita sama-sama memanjat kesyukuran kehadhrat Allah SWT yang mencurahkan limpah kurniaNya yang begitu banyak, memberikan kenikmatan yang begitu banyak sehingga kita tak mampu menghitungnya. Begitulah yang perlu kita buat, ketika kita senang atau pun susah kita perlu rasa kehadiran Allah, kebesaranNya dan mengambil iktibar atas segala kejadian. Sesungguhnya setiap kejadian ada hikmahNya yang terselindung.

Penularan wabak Covic-19 yang melanda dunia hari ini merupakan ujian dan peringatan Allah supaya seluruh umat manusia merasakan sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan….supaya kita kembali kepadaNya dengan keinsafan dan bertaubat serta mengikut segala perintahNya.


 

Bacalah dan fahamilah makna doa Nabi Yunus ini setiap masa, terutama bila ditimpa musibah atau ketika diuji dengan keadaan yang sukar kita terima. Dengan mengakui Allah sahaja yang berhak sebagai Tuhan dan bahawa sesungguhnya dirinya yang menzalimi dirinya sendiri , Nabi Yunus telah berjaya melepasi kegelapan dalam perut ikan.


Wabak covid-19 yang melanda negara hari ini merupakan ujian dan peringatan Allah supaya kita kembali kepadaNya dengan keinsafan dan bertaubat serta mengikut segala perintah Allah. Allah akan sentiasa menguji hambanya dengan kelaparan, kesakitan ataupun dengan kematian untuk menyedarkan kita akan keagungan dan kehebatan Allah.

Jadi apabila kita ditimpa bala atau perkara-perkara yang tidak diingini, disarankan supaya perbanyakkan baca Surah Ad-Dukhan ayat 12. 


Semoga kita dijauhkan daripada ditimpa bala terutama wabak covid- 19...Aamiin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.