Timbalan Yang Dipertuanya, Zulkifle Ab Rahman, berkata
hasil kerjasama dengan dengan pemimpin tempatan, ketua Jajahan, imam, penghulu
dan penggawa, pihaknya dapat mengagihkan sumbangan RM100 berbentuk makanan asas
kepada 50 keluarga asnaf terkesan di 45 Dewan Undangan Negeri (DUN).
Katanya, MAIK juga menyalurkan sumbangan khas berjumlah
RM600,000 kepada 602 masjid di setiap mukim untuk diagih kepada golongan asnaf
atau kariah masjid yang terkesan dan dikenal pasti oleh iman di setiap masjid.
“Pada masa sama, kira-kira 50 tenaga kerja sambilan di
MAIK yang sebelum ini menerima gaji harian termasuk tukang cuci, pemandu dan
kerani dibayar gaji penuh bagi meringankan beban mereka yang tidak bergaji
sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
“MAIK juga sudah mengagihkan bantuan Mac kepada 9,015
penerima golongan asnaf.
“Bagaimanapun, bagi 200 penerima bantuan bulanan secara
tunai, kami akan serahkan kepada imam masjid bandar dan jajahan untuk agihan,”
katanya ketika dihubungi, hari ini.
Katanya, MAIK akan sentiasa memantau perkembangan semasa
dan menyantuni semua pihak yang mengalami kesukaran sepanjang tempoh PKP.
Bagi yang terputus bekalan sepanjang PKP, Zulkifle
berkata, MAIK membuka talian prihatin 09-7443660 yang beroperasi setiap Ahad
hingga Khamis dari jam 9 pagi hingga 12 tengah hari atau boleh membuat aduan
melalui Portal Rasmi MAIK www.e-maik.my.
Sumber: BH Online - Rabu, 25 March 2020
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.