disable

doa dan imej

doa dan imej
                                                                                                                                                                      

Isnin, 23 November 2020

Doa Pagi Ini - Isnin 23/11/2020.

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمٍِ

اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ 

عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْن

Ya Allah ampunkanlah dosa dosa kami, samada yang kami sedari atau tidak, berkatilah kami, rahmatilah kami, berilah kami hidayahMu agar kami sentiasa dekat dengan Mu Ya Allah.

Ya Allah berilah kami taufik dan hidayah Mu. Ya Allah mudahkan segala urusan kami, murahkan rezeki kami dan kurniakanlah kami keluarga yang bahagia.

Ya Allah, sedarkan kami bahawa janji-janji Mu itu adalah benar, justru itu tetapkanlah hati kami di atas agama-Mu Ya Allah

Ya Allah, jadikanlah kubur kami sebagai satu taman dari taman2 syurga Mu dan janganlah ianya sebagai satu lubang dari lubang2 api neraka Mu.

Ya Allah kami berdoa Ya Allah muliakanlah diri kami, lapangkanlah hati kami, moga segala urusan kami dipermudahkan.

 Ya Allah kabulkanlah cita-cita kami, jauhkan kami dari segala penyakit dan jauhkan kami dari segala Musibah

 Ya Allah terimalah semua amal ibadah kami dan mudah²an ia dapat menerangi kubur kami.

Ya Allah, berilah kami kekuatan untuk memperbanyakkan tahajud kami supaya tempat berihat kami nanti tidak sempit,.

Ya Allah berilah kami keinginan untuk sentiasa mendampingi dan membaca Al-Quraan Mu supaya tempat persemadian kami tidak menjadi tempat yang paling sepi.

Ya Allah perbanyakkanlah sedekah kami, solat kami, amalan kami semoga kami bebas dari seksa kubur.

Ya Allah Yang Maha Hidup, yang Berdiri Sendiri, Pencipta langit dan bumi, Tuhan Yang Maha Besar dan Maha Mulia, Ya Allah tiada Tuhan yang patut disembah hanya Engkau, kami memohon kepadaMu semoga Engkau lindungilah kati kami dengan Nur hidayah Mu.

Ya Allah kami berlindung dengan Engkau dari kejahatan dari kami dan kejahatan syaitan yang menipu dan kejahatan orang mungkar lagi kejam.

Ya Allah sesungguhnya kami memohon kebajikan dan keselamatan didunia dan diakhirat.

Ya Allah tutuplah aib kami dan tenteramkanlah kami dari rasa takut.

Ya Allah peliharalah kami dan kami berlindung dengan kebesaran Mu agar kami tidak disiksa dipadang mashyar.

Ya Allah kami memohon Ya Allah, kurniakanlah kepada kedua ibubapa kami tempat yang istimewa di syurga FirdausMu Ya Allah. َ

Ya Allah Ya Ghaffar ampunkanlah dosa-dosa kami, dosa kedua ibubapa dan mertua kami, anak isteri kami, kaum keluarga kami, guru-guru kami, sahabat-sahabat kami serta sekalian muslimin muslimat di mana saja mereka berada.

Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarga dan para sahabatnya.

Segala puji pujian hanya untukMu Ya Allah. 

رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ

وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمين

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.