السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
1.Jika dia seorang yang lemah, maka akan menjadi kuat
2.Jika dia seorang yang hina, maka akan menjadi seorang
yang mulia
3.Jika dia seorang yang kalah, maka akan segera mendapatkan
pertolongan
4.Jika dia seorang yang berkesempitan, maka akan mendapat
kelapangan
5.Jika dia seorang yang berhutang, maka akan segera dapat
membayar
6.Jika dia seorang yang berada dalam kesusahan, maka akan
hilang kesusahannya
7.Jika dia seorang yang sulit dalam penghidupan, maka akan segera mendapat kelapangan kehidupan.
Baca ayat 128-129 dalam surah At-Taubah sebanyak 7 kali setiap kali selesai solat fardhu, dengan izin Allah:
Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari
golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad s.a.w.), yang menjadi sangat berat
kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat lobakan
(inginkan) kebaikan bagi kamu, (dan) ia pula menumpahkan perasaan belas serta
kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman.
Erti ayat 129:
Kemudian jika mereka berpaling ingkar, maka katakanlah
(Wahai Muhammad): “Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku),
tiada tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia kepadaNya aku berserah diri,
dan Dialah yang mempunyai ‘Arasy yang besar.
#tanyalahustaz
Link berkaitan: [009] Surah At-Taubah dengan terjemahan Bahasa Melayu سورة ٱلتَّوْبَة
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.