![]() |
TENGKU TAN SRI DATO' HAJI MOHAMAD RIZAM |
Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik)
mengumumkan kebenaran kepada jemaah yang sudah lengkap vaksinasi menunaikan
solat Jumaat dan fardhu mengikut kapasiti masjid dan surau di seluruh negeri
ini bermula 15 Oktober 2021.
Yang Dipertua Maik, Tengku Tan Sri Mohamad Rizam Tengku
Abdul Aziz berkata, solat Jumaat juga turut dibenarkan di halaman atau
pekarangan masjid dengan syarat mematuhi penjarakan fizikal 1.5 meter
sebagaimana di dalam masjid. Semua aktiviti lain seperti majlis zikir, kelas
al-Quran, kuliah umum dan khas masih tidak dibenarkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.