Kerajaan Malaysia telah melaksanakan pemberian dos ketiga vaksin COVID-19, selepas liputan imunisasi populasi dewasa di seluruh negara melebihi 90 peratus. Beberapa buah negara ASEAN juga sudah memberi suntikan dos ketiga vaksin COVID-19, antaranya Singapura, Indonesia dan Thailand dengan keutamaan kepada golongan berisiko seperti petugas barisan hadapan serta kumpulan rentan vaksin (golongan berisiko tinggi).
Rakyat Malaysia dinasihati agar tidak resah atau bimbang dengan suntikan dos ketiga vaksin COVID-19 atau dos penggalak, memandangkan program imunisasi penyakit berjangkit sedia ada memerlukan lebih dari 2 dos. Langkah ini bertujuan untuk memberi perlindungan kesihatan pada tahap optimum. Kerajaan hanya akan memberikan dos ketiga kepada kumpulan tertentu dan bukan semua populasi yang layak menerima vaksin COVID-19. Dos ketiga vaksin COVID-19 adalah didefinisikan sebagai pemberian dos vaksin tambahan apabila tindak balas imun seseorang di peringkat awal berkemungkinan tidak mencukupi daripada pemberian awal 2 dos vaksin.
Antara individu terawal yang telah menerima suntikan dos ketiga. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.