disable

doa dan imej

doa dan imej
                                                                                                                                                                      

Khamis, 15 September 2022

Mengeratkan Hubungan Silaturahim

 

‎السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُاللهِ وَبَرَكَاتُهُ

‎ اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آل مُحَمّد

Pada masa kini, pengunaan media baharu seperti Facebook, Whatsapp, Telegram dan lain-lain adalah sangat digemari dan menjadi kemudahan untuk berhubung dan berkomunikasi. Pengunaan kemudahan-kemudahan tersebut bolehlah dimanfaatkan oleh kita semua dengan sebaik-baiknya terutama dalam mengeratkan hubungan silaturahim. Dengan yang demikian, hubungan yang jauh menjadi semakin dekat, yang renggang menjadi semakin rapat.

Imam As-Syafie Rahmatullah Taala berkata bahawa barangsiapa yang menjalin ukhuwah persaudaraan dan menghidupkan silaturahim, maka ia akan memperolehi 10 keutamaan: 

  1. Mendapat keredhaan Allah Subhanahu Wata'ala kerana Allah Subhanahu Wata'ala dan penduduk di langit amat suka kepada orang yang menghubungkan ukhuwah persaudaraan. 
  2. Mengembirakan para malaikat di langit kerana mereka amat suka kepada orang yang menhubungkan ukhuwah persaudaraan. 
  3. Dapat menambahkan pahala amalnya setelah ia meninggal dunia kelak. 
  4. Dapat menambah dan menimbulkan rasa kasih sayang dalam pergaulan seharian. 
  5. Dapat menambah dan menimbulkan keberkatan kepada rezeki. 
  6. Allah Subhanahu Wata'ala melanjutkan usianya. 
  7. Menjadikan iblis dan syaitan bertambah gelisah dan sakit hati. 
  8. Disegani dan dihormati oleh masyarakat yang berada disekelilingnya. 
  9. Dapat mengembirakan orang yang berada di alam barzakh. 
  10. Dapat menzahirkan kegembiraan pada kedua belah pihak kerana tiada amalan yang lebih baik melainkan mengembirakan hati orang-orang yang beriman.
Lazimnya, hubungan silaturahim itu terputus berpunca daripada beberapa sebab antaranya rasa tidak puas hati, sifat dendam, sombong, mementingkan diri sendiri, kaitan hutang-piutang, hasutan, fitnah, hasad dengki, iri hati dan lain-lain lagi. Namun penyebab utama hubungan silaturahim dalam institusi keluarga itu menjadi renggang ialah pertengkaran atau perselisihan yang disebabkan oleh harta. Sering kali kita dengar pertikaian akibat permasalahan harta pusaka hingga membawa kepada konflik perebutan harta, pertikaian yang berlanjutan dan memerlukan penyelesaian mahkamah, permusuhan keluarga malah ada yang melibatkan kes jenayah seperti ugutan, ancaman nyawa dan pembunuhan. 

Ingatlah, harta itu hanyalah perhiasan dunia dan adalah lebih elok jika kita tumpukan perhatian kepada kebahagiaan akhirat yang kekal abadi sebagai jalan untuk mendekatkan diri dan mendapatkan keredhaan Allah SWT.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.