disable

doa dan imej

doa dan imej
                                                                                                                                                                      

Sabtu, 1 Oktober 2022

01 Oktober - Hari Warga Emas Sedunia.

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

DUNIA yang kita diami sekarang hanyalah perhentian sementara kita dalam perjalanan kita menuju ke dunia akhirat yang kekal abadi. Dunia dan akhirat tidak dapat dipisahkan, dunia adalah tempat mengumpul bekalan untuk menuju negeri akhirat. Kehidupan di dunia akan memberi impak kepada kesudahan apabila kembali ke akhirat.

Masa kita muda, berlumba-lumbalah mencari ilmu agama, jangan terlalu leka kerana umur bukanlah satu jaminan sebab kematian tidak pernah mengenal usia, begitu juga cara kematian dan bila.... itu menjadi rahsia Allah SWT yang Maha Berkuasa. 

Bila umur kita mencecah 50-an, maka kehidupan yang sebenar telah bermula, Kurangkan sikit aktiviti-aktiviti dunia dan disiplinkan diri supaya sentiasa istiqomah dalam beribadah. 

Biia umur kita telah melapasi umur 60-an, maka fokuslah lebih kepada akhirat kerana umur kita pada tahap ini adalah tahap berjaga-jaga. Kita ibarat musafir yang semakin hampir akan kembali menemui sang Pencipta. Bersiap-sedialah kita pada bila-bila masa sahaja untuk kita dijemput kesana. 


Sedar tak sedar umur kita terus meningkat dan kita jadi semakin tua. Bila dah tua, usahlah kita sibukkan diri dengan dunia. Sebaiknya kita sibukkan diri kita dengan mempersiapankan bekalan untuk hari akhirat. Justeru itu isikan seluruh hidup kita yang masih berbaki dengan memperbanyakkan ibadah kepada Allah. Kita kena sentiasa melakukan ketaatan kepada Allah walau di mana pun kita berada.

Untuk itu hendaknya kita berusaha untuk dekatkan diri dengan masjid. Dekat dengan masjid akan membuat kita rindu dengan ibadah. Menghadiri solat lima waktu secara berjemaah di masjid dan menghadiri majlis-majlis ilmu. Kita semua pasti akan menghadap Allah SWT dan kita masih ada masa untuk buat pilihan samada kita ingin menemui Allah SWT dengan keadaan diri kita yang bagaimana?... 

LIHATlah pada mereka yang SAKIT.

DULUnya mereka jg pernah SIHAT, 


LIHATlah pada mereka yang dah TUA,

SUATU MASA dulu... mereka jg pernah MUDA, 


LIHATlah pada mereka yang SIBUK.

DULU mereka jg pernah terLUANG MASANYA, 


LIHATlah pada KUBUR itu, SATU MASA dulu..

PENGHUNInya jg pernah HIDUP seperti KITA. 


LIHAT DAN RENUNGI DIRI, KITA JUGA SATU MASA NANTI AKAN LALUI ITU SEMUA.


Sama-samalah kita berdoa semoga kita dan keluarga kita menjadi orang-orang yang beriman, bertaqwa, tidak dilalaikan oleh urusan harta benda dunia. Semoga sentiasa mengingati Allah dengan menjalankan segala perintahNya, selamat dari azab api neraka dan seterusnya tergolong dalam golongan orang yang mendapat kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat. Aamiin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.