disable

doa dan imej

doa dan imej
                                                                                                                                                                      

Isnin, 9 Januari 2023

Trend Terkini - JENAYAH KOMERSIL

APAKAH JENAYAH KOMERSIL.

Jenayah komersial merupakan suatu bentuk perlakuan jenayah yang menggunakan peranti elektronik melalui perkhidmatan internet yang membolehkan perlakuan jenayah dilakukan. Kegiatan jenayah komersial dilakukan oleh seorang individu atau secara berkumpulan dengan niat untuk menipu atau memperdaya seseorang atau syarikat untuk mendapatkan barangan atau wang ringgit secara tidak jujur.


Berikut beberapa teknik penipuan yang dilakukan dalam media sosial:
  • Jenayah komersil merangkumi jenayah seperti penipuan yang memperdaya mangsa dalam media sosial sehingga mangsa seperti dipukau memasukkan wang ke akaun mereka. Mangsa biasanya hanya menyedari bahawa mereka ditipu selepas transaksi selesai dilakukan.
  • Mengiklankan barangan di media sosial dan meminta mangsa membuat bayaran namun sebenarnya barangan yang diiklankan tidak wujud.
  • Menawarkan pelaburan melalui media sosial dengan menjanjikan pulangan wang serta keuntungan berlipat kali ganda. Namun selepas mangsa melabur, suspek gagal dihubungi dan pulangan yang dijanjikan tidak diperolehi.
  • Menawarkan pinjaman melalui media sosial dan meminta mangsa membuat bayaran perkhidmatan, guaman dan lain-lain namun mangsa tidak menerima wang pinjaman yang ditawarkan.
  • Mangsa menerima SMS/emel yang mengandungi pautan bank dan mangsa diminta mengemaskini maklumat akaun bank. Mangsa memasukkan segala butiran maklumat akaun bank yang diperlukan. Mangsa kemudian menyedari wang dalam akaun telah lesap.
  • Mangsa ditawarkan pinjaman melalui media sosial dan meminta mangsa membuat bayaran perkhidmatan, guaman dan lain-lain, setelah bayaran dibuat mangsa tidak menerima wang pinjaman yang ditawarkan.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.